Rabu, 10 Ogos 2011

KUIH LEPAT LIAT

Masuk hari ke-10 bulan Ramadhan tahun neh, aku nak kongsi satu resipi kuih kegemaran aku yang wajib dibeli tetiap kali pergi bazar ramadhan....

Taraaa... resipi pilihan pada hari ini ialah KUIH LEPAT LIAT (kesukaan aku walaupon selalu kena kondem ngan member2 baik---->> asik2 makan kuih org2 tua... muahahhaha.. ada aku kesah!!)



sumber : en. Google



RESIPI KUIH LEPAT LIAT


Bahan-bahan 

  • 500 gm tepung pulut
  • 200 gm gula merah
  • 100 gm gula pasir
  • 2 cawan air dan 2 helai daun pandan
  • 1 biji kelapa parut(putihnya saja) dan sedikit garam
  • sudu besar minyak dan daun pisang secukupnya (jemur atau layur dulu)

Cara-cara memasak

  1. masukkan air,gula merah,gula pasir dan daun pandan dlm periuk dan masak hingga larut.sejukkan
  2. masukkan tepung pulut dalam bekas dan sendukkan gula yg dimasak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan sebatikan semuanya.
  3. kelapa di gaul dgn garam. 
  4. ambil daun pisang dan lenserkan minyak atasnya.letakkan satu sudu besar tepung tadi dan isikan ksedikit kelapa. lipat dgn kemas.
  5. ulang cara tadi hingga habis dan kukus hingga masak dalam 10 minit dengan menggunakan api yang sederhana...siap utk dihidangkan....

p/s: pengakuan jujur sejujur jujurnya.. aku tak pernah pon try wat resipi neh, cuma bila aku rasa nak makan musti tanpa berlengah aku cari kat kedai.. hehhehe :) adiossss

Tiada ulasan: