Khamis, 15 September 2011

Melawat Anak Saudara Eksiden - Taman Kota Nelayan , Kuala Kedah


Tengah dok sibuk kat tempat kerja pada 8 September 2011 (rabu), emak aku tipon gitau  anak sedara aku, RUSLAN dok kat kuala kedah eksiden. Terkejut dibuatnya sebab baru dua tiga hari lepas depa bertolak balik ke kuala kedah setelah dekat seminggu mai berhari raya di langkawi. Emak ngan ayah aku dah panik sakan, yerlah cucu namanya pon.. tak sabaq-sabaq nak pi tengok time tue jugak. Tapi aku sabaqkan depa... kalau kami pi tengok hari tue jugak musti takble masuk sebab dia ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Aloq Setaq. 

Akhirnya pepagi jumaat tue (nasib baik kerajaan bagi aku cuti!!), aku, emak, ayah, kak ida ngan abg man pi  jenguk Ruslan..

Sesampai jer di jeti kuala kedah,  kami diberitahu yang anak buah aku tue dah balik umah.

Selesai bersarapan... kami terus g Taman Kota Nelayan jenguk dia...





ini makanan orang sakit yer...




sempat lagi keluarga kakak ipar aku jamu makan tengahari :)



Memandangkan hari tue Jumaat, so ayah ngan abang man gi solat Jumaat kat masjid mergong...

Kak ida lak awal-awal lagik dah bagitau plan nak g shopping kat TESCO lepas antaq ayah ngan abg man ke masjid...




muka emak yang penuh ceria sebab dapat shopping






agak leceh bila kena masukkan barang-barang kat loker neh... dah la tunggu punya lama nak tukaq duit syiling 5 kupang ngan budak kaunter tue...





ayah ----->>> baju biru









wah banyakkk beg???!!! lupalah pulak yang shopping kompleks kat mainland tak bagi plastik bila hari jumaat ngan sabtu... kat pulau tadak lah pulak camneh... Natijahnya pakat beli beg lah supaya senang nak angkut barang masuk feri... untung TESCO








Sebelum balik pulau, kami singgah sekali lagi kat umah Ruslan.... 
Hajat ayah nak bawak balik cucunya ke pulau untuk berubat tak kesampaian sebab kata sedara mara kakak ipar aku " kat sini pon banyak orang yang ble mengurut patah-patah tulang"

Depa tak paham kot yang kame neh dok jauh di kepulauan...
bukan senang nak pi mainland tetiap hari mahupun minggu.....




anak sedara aku, ruhil ngan sepupunyer








antara tetamu yang bertandang melawat RUSLAN





RUSLAN... 
- patah tulang selangka
- patah kaki
- calar balar sana sini









ayah dengan besannyer








kasih sayang seorang tok wan














nantikan sambungan seterusnya   :)

Rabu, 14 September 2011

SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS


hiiii... masa tengah syok jalan-jalan berBLOGWALKING tadik, aku terjumpa blog awek cun neh...

tetiba rasa gataii tangan lak nak join segmen dia....

so....... tunggu hapa lagik... jom ikut join sama-sama!!!


Eh lupa lah pulak.... kot ada sesapa yang sama-sama gataii tangan nak join... neh aku bagi link awek cun tadik





Kat sini jugak aku nak ajak adik-adik manis neh... ikut jejak tapak tangan aku :)




aku tag member-member rapat aku neh, supaya depa dapat ringan-ringankan lagik jari jemari hupdate blog memasing dengan segmen ini...




Rabu, 7 September 2011

TEMAN SEJATI SUKAR DI CARI GANTI

Aku dapat idea menulis entri neh sebaik saja baca latest ENTRI neh

 SALAM KENANGAN 

dari sahabat yang nun jauh di mainland... NANI.      Terima kaseh bebanyak sebab masih ingat pada 

persahabatan yang terjalin antara kita satu masa dulu. InsyaAllah, aku akan pastikan ikatan itu terus mekar 

berkembang untuk selama-lamanya hingga ke hujung hayat. Sesungguhnya kata-kata beliau 

amatlah benar sebenar benarnya...



 ----------   KAWAN SEJATI SUKAR DI CARI GANTI  --------------





(Nana, Nina & Nani... 4 Eva!!)







Hayatilah Petikan Ini:-


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”



Aku dedikasikan lagu ini khas sempena PERSAHABATAN kita



NANA......NANI.........NINA 



"SAYANG SENTIASA"











Isnin, 5 September 2011

Banjir Punya Ceghita 25 Ogos 2011

Peristiwa neh berlaku hampir 2 minggu yang lalu, time neh aku pi menetap di umah keluarga kakak aku kat kg batu ara memandangkan masa tue bulan puasa dan dekat-dekat nak raya, so senang sikit nak bangun tolong depa wat KUIH RAYA...

Tengah sedap dok bersahur masa pukul 5 pagi tue, tetiba ayaq masuk dalam rumah.. Yalah, dah hampir seminggu bumi langkawi dibasahi hujan nonstop ( ayatttt.... kalah a.samad said )

Tak sampai 10 minit kemudiannya, ayaq bah dah memenuhi porch umah .... Bagi kami perkara neh taklah buat kami panik sangat memandangkan dah selalu sangat bah melanda umah neh.. 

Walaupon umah kakak aku neh dibina di atas bukit tapi tetiap kali hujan lebat, musti semak perut ahli keluarga dalam rumah neh.. Hujan memanglah satu rahmat, tapi kalau dah berlarutan lebatnya sepanjang hari... cepat ja keliling umah naik bah... dah macam rumah terapung jadiknya...

Dedulu masa aku sekolah menengah dan tinggal ngan depa, taklah jadik bah bila hujan.... mungkin time tue hanya umah depa ja yang ada ataih bukit neh... Keliling umah plak time tue, penuh ngan semak samun.. tadak sapa berani dok kat ataih bukit yang tadak kemudahan asas yang sempurna dan jalan yang ada masa tue hanyalah lorong tanah merah yang kecil yang hanya mampu memuatkan sebijik motor.. punyalah seksa time tue asik bergaduh ngan kera, nyamuk dan bab*** ( oink... oinkkk )..

Tapi, setelah 13 tahun berlalu, keadaan di sekitar bukit neh banyak yang berubah. Rumah yang ada disekitar tempat neh pon hampir 6 biji.... Kebanyakan dibina di gigi jalan tar... (punyalah depa pulun nak buat rumah jugak, dinding rumah renggang berapa inci ja dari jalan tar) Dah ada jalan tar untuk dilalui oleh apa-apa jua kenderaan... 

Tanah atas kawasan rumah kakak aku pon dah habeh ditarah... 
gondol dibuatnya walaupon tak sepenuhnya.... 
Bila ujan ja, saki baki tanah-tanah yang ditarah tu ikut turun sekalik ngan ayaq ujan....

Agaknya atas sebab-sebab inilah, rumah neh dilanda bah setiap kali ujan lebat...

Air yang turun dari lorong2 sungai jadik tak terkawal ( eh,... cam tak betul ja ayat aku ??? ) dan terus melanda umah kakak aku yang dok di bawah neh...

So... untuk keterangan yang lebeih jelas... lebih baiklah hampa semua tengok gambaq-gambaq kat bawah neh...



SELAMAT MENONTON...   :)






tak sampai 10 minit... ayaq dah penuh dalam porch














Habeh seisi keluarga bertungkus lumus bekerjasama, ubah apa2 barang yang patut...





dalam umah pon ayaq masuk...

nasib baik ada extra 2 pembantu rumak (bibik indon) tolong perah ayaq yang masuk dalam umah...









Memula, ayaq naik sikit ja.. longkang pon cuma ada 1/2 ayaq saja time neh....










Pulun dok wat kepungan supaya ayaq tak melimpah dalan rumah....






see..... dah jadik pulau rumah kami ....





longkang tadik pon dah tak nampak... dah dipenuhi ayaq bah








Memandangkan masih dalam waktu sahur, curik2 jugak makan sambil bekerja keras tolak ayaq bah





Dekat pukul 6 pagi, ayaq dalam umah dah ala2 kering.. tapi di luar rumah masih ala-ala "pulau" ....

Syok lah pulok feeling "RUMAH TERAPUNG" hehehehehe....





Pukul 10 pagi, ayaq dah surut sepenuhnya.... 

Inilah keadaan rumah setiap kali selepas bah.... Hujan pon hanya turun rintik-rintik






Dah jadik sungai kecik, kat depan rumah... nak lintas kereta pon takble sebab tanah depan tue tebingnya runtuh... huhuhuhu....!!! sadisssss









Malangnya.... Pisang berbuah sekalik lagi lepaih tue...

Pukul 12.00 tengah hari, hujan makin lebat semula...

Hasilnya????

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................

BANJIR balik lah ceq oiiiii....

Letihhh Makkkk.....






Ini suasana bah kecik pada siang hari yer tuan/puan sekalian....




**** rumah yang ada keta kancil tue, rumah adik ipar kakak aku




Sungai kecik tadik, terus jadi makin besaq... 
Anak-anak buah aku siap boleh mandi lagik kat dalam tue..






"Sungai Mandian" yang akan menyebabkan kegatalan kulit kalau berendam lama-lama kat dalam tue....















Hurmmm..... sampai sekarang tadak sebarang pihak yang ANGKAT TANGAN membantu keluarga kakak aku bila situasi neh berlaku...

orang kuat dalam kampung tue pon hanya pi jenguk-jenguk sambil ambik gambaq ja bila benda neh jadik...

Lepaih tue... SENYAPPPPP terus.... tadak inisiatif membantu samada kecik ataupon besaq....

tuan tanah ( yang tarah tanah ) tue pon... wat tak tau ja.... sedangkan kalau dia tak tarah tanah untuk jual tanah dia tue... mungkin situasi seperti neh dapat dielakkan...

So, kalau ada PIHAK BERKENAAN yang membaca entri aku neh prihatin dengan keadaan kami,

hulurkanlah sumbangan anda...

kami cuma harapkan pertimbangan SEGERA tuan/puan bagi MEMBANTU mengatasi masalah yang melanda keluarga kami setiap kali berlaku BAH @ BANJIR ini...



Sekian.........