Isnin, 31 Oktober 2011

kejohanan bowling pejabat kesihatan daerah langkawi

malam neh diadakan kejohanan bowling peringkat daerah langkawi kat ampang superbowl langkawi, jeti kuah.

ramai gak staff- staff yang melapangkan masa turun menunujuk bakat terendam..

 edisi lepas geram pon ada .. muahahah..

nanti bila ada masa lapang, aku update gambaq2 semasa kejadian..

jom2 baling bola





Isnin, 17 Oktober 2011

PELIK TAPI BENAR : CHICKEN CHOP PALING MURAH DI LANGKAWI

Balik jer dari kerja pada pukul 9 malam memandangkan minggu neh aku kerja extended hours dari 7.30 pagi hingga 9.00 malam, terus aku pecut kereta untuk balik ke Home Sweet Home kat Pekan Kuah.

Tetiba perut rasa lapaq walaupun dah melantak memacam makanan masa kat klinik tadik.
Tanpa buang masa aku ajak ALONG ATHIRAH  singgah makan kat kedai yang memang selalu aku ushar bila balik kerja malam. Ushar ajer lah sebelum neh memandangkan aku malu nak singgah makan kat situ bila lalu sengsorang. Kedai neh memang selalu menarik perhatian aku kerna bila lalu kat tepi ja, tengok berderet-deret kereta yang parking kat tepi bahu jalan kedai tue. Lampu lip lap yang berona roni menambahkan ke"best"an bila aku jeling-jeling manja tengok kedai berkenaan....

Hajat di hati nak makan Char Kue Tiow memandangkan aku tengok macam menu tue yang paling glemer kat situ. Malangnya tersentap lah pulok...... bila mamat yang amek order tue gitau depa dah tak  jual lagi  char kue tiow sebab kurang mendapat permintaan. Hampeh!!! tidakkah depa tau itu memang makanan peberet dan selalu menjadi igauan aku. Kat Langkawi neh susah giler nak cari kedai char kue tiow tetambah nak yang sedap cam kat Sungai 2, Penang... (amboih amboih promosi nampak!!!)

Jadik untuk tidak menambahkan kesentapan di hati, aku pilih Chicken Chop. Fullamakkk... tak percaya giler-giler  bila tengok kat menu harga makanan tersebut. Sungguh tak sangka sampaikan aku tanya berkali-kali kat mamat yg amek order tadik.... "eh, betul ka harga dia camneh???"... Manalah tau kot-kot overdose berkerja buat aku nampak tak ketahuan pasai harga tue. Beria-ia mamat tue cakap.. "Betul.. memang harga Chicken Chop kat sini RM4.50" Diulangi pembaca-pembaca sekalian semua, RM4.50!!! Mana nak carik rega makanan barat serendah tue kat mana-mana ceruk Langkawi neh. Kalau ada, habaq mai tang mana... Esok gak aku pi carik!!!

DUP..DAP...DUP DAP... menunggu dan menunggu...

Sungguh bertuah nasib kami berdua kerna pelanggan yang nak buat order selepas kami gigit jarik....

Makanan kat sini semua dah habis dijual atau dengan skipping London nyer aku berkata... SOLD OUT walaupon jam baru menunjukkan pukul 9.40 malam... Untuk perhatian semua, kedai neh dibuka mulai 5.00 petang....


 Tertunggu-tunggu jugak aku nak tau sedap tahap manalah sangat sampaikan habis semua makanan yang dijual di sini... Apa rahsianya sampai pelanggan sanggup beratur panjang menunggu untuk TAPAU mengkanan kat situ...








Jeng.. jeng.. jeng.. airnya udah sampei yer...
LIMAU AIS yang sejukkk dan teramat sedappp....





TARAAAAA.....

Inilah Chicken Chop yang berharga RM 4.50 tue yer tuan/puan sekalian





muka keletihan gegiler... merelit dan kurang tenaga.. hahhahahha






Pulun makan sampai takdan nak tengok kiri kanan...








Alamak... licin sudahhhhhhh......










Keseluruhan harga makanan yang kami berdua makan hanyalah RM11.00...

Memang murah sesangat rasanya.... Yelah Air Limau Ais RM1.00x2:RM2.00 dan Chicken Chop RM4.50x2 : RM9.00 lalu menjadi harga sebanyak RM11.00...

Amat-amat berbaloi rasanya makan kat sini...

SEDAP, MURAH DAN MENYELERAKAN...


p/s: sesapa yang nak tau peta ke kedai neh, sila bayaq pengeras kat aku dulu yer...
bukan apa!! habuan nak pi melabur duit selalu kat kedai neh.. muahahaha

Jumaat, 14 Oktober 2011

TAMAN TERGANTUNG BABYLON (TUJUH BINAAN AJAIB DI DUNIA)

Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.


Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.


Menurut sesetengah sumber, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampung halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.


Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.


Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.
"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus. *** sumber :- wikipedia

Rabu, 12 Oktober 2011

TUJUH BINAAN AJAIB DI DUNIA...

sumber: Google

  Tujuh benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia dimasa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut.

Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka.Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang.so check it out!


1) Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.









2) Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi.Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.

Dibina sebagai simbol/makam kepada para firaun,pemerintah mesir ketika itu.Ianya disifatkan binaan yang tertua yang masih terpelihara sehingga kini.3 buah piramid yang paling terkenal telah dibina sekitar 2600 dan 2500 B.C.Yang terbesar,dipanggil "The Great Pyramid,berdiri teguh pada ketinggian 135 meter dan mencakupi ruang sehingga 15 hektar.Rome dan Greek amat cemburu terhadap kehalusan senibina kaum mesir ini.









3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz









4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa








5) Angkor Watt di Kemboja









6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu

Taman Tergantung Babylon:hancur ditelan zaman

Didakwa oleh sesetengah pihak,ianya dibuna oleh pemerintahan ketika itu untuk salah seorang isteri baginda.Nebuchadnezzar,pemerintah agong babylon(berkuasa 605 hingga 562 B.C) yang mengarahkan pembinaan Taman tersebut.Babylon dikatakan terletak berdekatan bandar moden baghdad di Iraq.Namun sehingga kini kedudkan asal Taman tersebut masih lagi menjadi tanda-tanya.

Mengikut catatan seorang sejarahwan,Berossus(hidup tahun 200's B.C),Babylon berdiri dengan bangganya antara 120 meter persegi serta 23 meter dari atas tanah.Teknologi pengaliran air yang moden ketika itu mebolehkan Taman-taman didalamnya mekar dengan keharuman bunga berguguran cewahh!.




7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.





 

Sabtu, 8 Oktober 2011

SEASONS IN THE SUN :(

Seasons In The Sun

Goodbye to you my trusted friend
We´ve known each other since we
Were nine or ten
Together we´ve climbed hills and trees
Learned of love and abc´s
Skinned our hearts and
Skinned our knees

Goodbye my friend it´s hard to die
When all the birds are singing
In the sky
Now that spring is in the air
Pretty girls are everywhere
Think of me and i´ll be there

We had joy we had fun we had
Seasons in the sun
But the hills that we climbed were
Just seasons out of time

Goodbye papa please pray for me
I was the black sheep of the family
You tried to teach me right from wrong
Too much wine and too much song
Wonder how i got along

Goodbye papa it´s hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
Little children everywhere
When you see them i´ll be there

We had joy we had fun we had
Seasons in the sun
But the wine and the songs like the
Seasons have all gone
We had joy we had fun we had
Seasons in the sun
But the wine and the song like
The seasons have all gone

Goodbye michelle my little one
You gave me love and helped
Me find the sun
And every time that i was down
You would always come around
And get my feet back on
The ground

Goodbye michelle it´s hard to die
When all the birds are singing in
The sky
Now that the spring is in the air
With the flowers everywhere
I wish that we could both be there

We had joy we had fun we had
Seasons in the sun
But the hills that we climbed were
Just seasons out of time

We had joy we had fun we had
Seasons in the sun
But the wine and the song like the
Seasons have all gone



Selasa, 4 Oktober 2011

Tiada Tajuk!!!

Urghhhh.. letihnya sejak sebulan lebih neh...

tak sempat nak update blog yg bersawang mawang, lantaran kesibukan Berkhidmat Untuk Negaraku Malaysia.. ceeeewaaahhhh...

Sejak bulan September lalu, operasi Jabatan Pesakit Luar Klinik Kesihatan Padang Matsirat start bekerja lepas waktu pejabat (extended hours) mulai pukul 5 petang sampai 9 malam... ooopppss ter 'promote' lah pulak..

makanya, jika turn aku yang kena gheja extended hours, jadinya waktu bekerja aku dari pukul 7.30 pagi hingga 9.00 malam.. humang aihhh memang mercikkk over time nyer.. cuma masa untuk rehat ja singkat... 


Sampai jer umah lepas kerja terus tidoqqq,
pastu esoknya bangun lak gi kerja...
rutin harian yang agak memenatkan seluruh tubuh badan aku...

tapiii..... ada gak tapi nya...
memandangkan aku menjunjung slogan kerajaan sekarang
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan"
aku lakukan perkerjaan aku dengan seikhlas hati... alhamdulillah moga berkat rezeki yang dapat nanti... :)

-AMIN-