Jumaat, 15 Jun 2012

jalan-jalan rehatkan minda

alhamdulillah masih dikurniakan usia yang panjang olehNya :)
memandangkan hari neh tadak apa-apa aktiviti alam pekerjaan yang perlu dilakukan makanya aku ngan kak nurul plan g nengok cerita MADAGASCAR PART 3  yang kemain best lagi dipromote oleh DCKH serta jannah... beria-ia depa dok gebang kata part kali
neh syok sangat, kalau tengok konpom gelak tak berenti-renti... 

pukul 2 petang aku, kak nurul ngan anakknya ainaa kuaq dari umah pi pekan kuah,
sampai ja kat langkawi parade.. kami terus bergegas ushar jadual tayangan muvie madagascar tue..
huhuhuhuhu... alamak!! terlepas lah pulak tayangan first pukul 2... maklumlah jam kat tangan dah tunjukkan pukul 2.20 petang.. kalau redah masuk pun wat leceh ja sebab ceghita dah main lama dah.... next tayangan pukul 3.45 petang... so daripada dok melangut tak tentu arah dalam mall neh kami sepakat naik ke food court tuk penuhkan perut yang bukan main seronok bergendang ria... weh lapaqq ooo sebab x isi hapa-hapa langsung dari bangun tidoq :)


Khamis, 14 Jun 2012

program diet 2012 -JUN-

pejam celik pejam celik.. dah melangkau 13 hari perjalanan yang ditempuhi bagi bulan jun neh...

alhamdulillah semangat untuk mendapatkan berat badan unggul (cewwah, ayat tak mau2), aku berjaya turunkan hampir 2kg lelemak tepu kat badan aku neh...

tue pon jenuh berhempas pulas tahan nafsu makan dan paksa diri wat senaman ringan sikit2 sebelum zzzzzz.... :)

so hupdate berat terkini buat masa sekarang ialah : 57.50kg

kena bakaq semangat lagi untuk turunkan lagi 2.50 kg sebelum awal julai coz ada insan baik hati nak belikan baju yang merelip merelap tue sebagai umpan coz lemak makin susut... hehehehe...

p/s: kena pulun p men badminton ngan teman tapi mesra tetiap petang lah camneh!!!

Khamis, 7 Jun 2012

PETUA MAK DARA : NASI WANGI DENGAN DAUN PANDAN


Untuk hasilkan nasi yang wangi, masukkan secubit garam dan sehelai daun pandan ketika menanak nasi.

Nah, nasi bukan sahaja wangi tapi amat enak dimakan begitu saja :)


Selasa, 5 Jun 2012

hadapi dengan senyuman :-)

engkau,
terima kasih di atas perhatian yang pernah kau curahkan selama ini
takkan mampu ku bayar walaupun dengan kiraan jutaan bintang di langit sana

engkau,
tak ternilai kasih sayang yg telah kau taburkan padaku sepanjang ikatan ini
maka halalkan lah setiap detik masa yang terluang antara kau dan aku

engkau,
akhirnya kutahu dalam dalam diam hatimu telah terpaling
kehadiran dirinya ternyata lebih bahagiakanmu tika meniti hari-hari terindahmu

engkau,
izinkanku terus abadikan namamu disudut hatiku
takkan mampu kupadamkan kenangan kita ini hingga akhir hayatku

engkau,
kata nista penuh penghinaanmu kutelan dengan hati terbuka
telah beribu kali ku ucapkan, diriku memang bukan insan sempurna

makanya, kuterima dengan rela pemergianmu buat selama-lamanya
kerna bahagiamu itu tanda betapa dalamnya cinta kasih sayangku terhadapmu
moga dia akan menyempurnakan hidupmu melebihi apa yang pernah kulakukan

engkau,
dengan penuh keikhlasan kuharungi kehidupanku tanpamu
kerna... mencintaimu tak bermakna ku harus memilikimu