Khamis, 10 Disember 2015

JOM MASAK SENDIRI : MENU RESEPI MAGGI KIMCHI SEGERA

Memandangkan semalam tak dapat tidoq,
perut pulak sibuk bergendang ria..

dok pikiaq masakan apa lah yang paling senang dan mudah dimakan malam-malam buta neh..

maka terhasillah MAGGI KIMCHI SEGERA

So, dengan gigihnya aku share kan resepi main masak-masak kali neh..

paling mudah dan senang baq ang, tak sampai 5 minit dah siap untuk dimakan begitu sahaja




RESEPI MAGGI KIMCHI SEGERA by #nanapicanto

Bahan:-

sebungkus maggi jenama Vits (serbuk perisa dia tak digunakan- lempaq buang)
kimchi segera (aku buat siap2, nak makan.. masukkan ja ke dalam kuah)
sebiji telur
hirisan kecil ayam
air
bawang putih - tumbuk dan potong halus2


Cara Masak :

Tumiskan bawang putih kedalam minyak yang telah panas.
Masukkan hirisan kecil ayam. Tunggu hingga ayam tadi masak dan masukkan segelas air.
Ambil segenggam besar kimchi segera yang telah dinyah sejuk.
Masukkan maggi, dan tunggu separuh kembang.
Terakhir, masukkan telur... biar seketika dan angkat..

Taraaaaa!!!

Dah siap, jom makan :)  :)





rupa paras Maggi Kimchi Segera
dah lewat malam kena minum ngan air suam ja..
maneh-maneh tak bole, nanti kena kerat kaki...

kencing manis :P










stok kimchi segera....







stok kimchi neh aku buat minggu lepas, dah siap gaul mesra..
simpang dalam peti sejuk..

nak makan / masak.. keluarkan dan campur saja dalam masakan berkuah/ sup









kimchi pestime aku buat..
sebelum neh tak pernah rasa pon.

dok ralit tengok dalam cerita korea ja...
teringin nak beli tapi mahal kot..

jadik buat sendiri..

mudah dan jimat belanja....



p/s: nanti aku share cara buat kimchi neh ya.. tunggu !!!1

Rabu, 9 Disember 2015

WORDLESS WEDNESDAY


WELCOME TO :

PADIMAS VILLAGE INN HOMESTAY LANGKAWI
KAMPUNG KUBANG BADAK
07000 PULAU LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

contact number :-

 Puan Norma : 019-4939874
En Rozi : 019-4732754



Isnin, 12 Oktober 2015

CUCUR BADAK JUADAH MINUM PETANG

petang-petang memang awesome bila dapat jamah cucoq udang panaih-panaih ngan nescafe panaih..
oh sungguh memikat selera...

nak bagi lagik berkat,
tambah ngan kurma..

:)

:)








Isnin, 14 September 2015

kek hari jadi paling cantik di dunia


#throwback

tengah dok baring-baring dalam buaian depan rumah emak..
sambil layan game bejeweled peberet aku..

aiman mai laju-laju bagi menda alah neh..

"ibu, cantik tak kek adik buat neh? adik bagi harijadi ibu!!"

wah terharu aku dibuatnya,

si kecik neh tau mana lah kata minggu lepas besday aku..



sob..sob..sob..



tenkiuu aiman sayang..

walaupon sekadar campuran tanah ngan ayaq serta dihiasi indah bunga melur & bunga kertas..

"kek" buatan tangan aiman neh amat cantik dan sedap dimata ibu..

ingatan tulus ikhlas darimu amatlah ibu hargai..




**aiman (anak buah aku,sibongsu kesayangan kak norma yang cerdik pandai & lincah)

p/s: ceritera neh ditaip rapi kerna tetiba aku lapaq kek coklat indulgence hat secret recipe..
takdak sesapa nak melanja ka??

Khamis, 27 Ogos 2015

JOM TANAM SENDIRI : LABU MANIS DI TEPIAN RUMAH



Hari neh nak cerita pasai projek tanam sendiri yang kakak kesayangan aku, kak norma yang rajinnya menanam benih pokok labu manis..

aku ingat-ingat lupa ceritera sebenaq pasal kewujudan pokok neh..
samada memang ditanam ataupon benihnya dibaling kot celah-celah tingkap dapur..

maklumlah lokasi labu manis neh membiak dengan jayanya adalah bersebelahan dapur rumah..





neh gambaq yang sempat aku snap masa balik kampung ritu..
buah-buah labu manis neh membesar dengan jayanya..

tunggu masa ja nak petik pastu nyum-nyum....




sebab rupa paras labu manis yang cantik menggoda..
maka ramai la kumbang-kumbang jantan hat mai mengerumuni belia..

nak buang sekoq-sekoq payah lah pulak..








maka..nya, Ceon dengan mood rajin  (yeker)..
dok spray kumbang-kumbang berkenaan dengan cecair Anti Serangga..

dan2 luruh kebumi, binatang-binatang tersebut..
oh yeah !!!






























neh askar-askar yang mengawal sekitar kebun mini tersebut..

HAKIMI & ALIFF



Sabtu, 8 Ogos 2015

SAHABAT SEJATI MEMBAWA KE SYURGA...






SAHABAT yang baik sulit untuk ditemukan.

lebih sulit untuk ditinggalkan....

dan tidak mungkin untuk dilupakan ..


Friendship Forever & Ever !!!!

2009 ----->>>>2015

- Nana vs Nurul -

Rabu, 5 Ogos 2015

LIRIK LAGU SUATU PERNAH - FYNN JAMAL



verse 1

habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.


seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...



verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.



seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.



chorus
terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.



dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.



verse 3
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.



takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.



takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.


(repeat chorus)


bridge
pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah



suatu—
pernah.

Rabu, 29 Julai 2015

Isnin, 6 Julai 2015

cerita terkini... ROSE JEPUN DI LAMAN RUMAH



Alhamdulillah.. hari neh dah masuk hari ke 19 umat islam seluruh dunia berpuasa sempena bulan Ramadhan 1436h..

Dah lama dok teragak-agak nak menulis.. 
Jadik reni timbul kerajinan nak update cerita pasal bunga rose jepun yang tengah mekar berkembang segar bugar kat laman umah aku.

Kaler yang berona roni neh hasil kerajinan aku dok pau kutip secara percuma batang pokok bunga neh sepanjang tahun neh..
asal nampak ja kaler yang belum ada lagik dalam koleksi aku,
teruih tanpa segan silu aku mintak sebatang dua kat rumah kengkawan, pesakit mahupon sanak saudara aku..
untung tau.. mintak sikit.. depa bagi sepasu...
hihihihihi....

jom..

kita cuci mata!!!!



























pokok bunga rose jepun aku neh, agak kuruih macam kekurangan zat makanan..
memandangkan kepulunan kebizian aku yang takdan nak membaja depa...

kuikuikui...

mengkalu ampa ada rona roni ros jepun yang tadak lagi dalam koleksi aku neh,bole la rojer2 sedekah kat aku sebatang dua noh..

almaklumlah..

SHARING IS CARING katakan :)  :)

Sabtu, 11 April 2015

KUIH SAMOSA INTI DAGING KENTANG SEJUK BEKU


Alhamdulillah..
masih lagi diberi kesempatan olehNya bernafas di muka bumi neh..

Rindu sesangat nak tulih belog namun apakan daya, tahap ke"penyegan"nan aku 200%..
kuikuikuikui...

Merajinkan diri berperang sakan di dapur, harini kita makan Kuih Samosa Inti Kentang nah..



kuih neh aku beli dari rakan sekerja, murah-murah saja dia jual..
3 peket RM10.00

sapa yang berminat nak orfer, sila rojer aku nah..
ececewah.. dan lagik berbisnes bagai..

tapi serius tau, mengkalu ampa nak beli cod sekitar Alor Setar, Pendang, Jitra dan Pulau Langkawi saja..

:)  :)  :)





First step, boh minyak masak sesedap rasa..





samosa segaq darik peti ais.. :)















Alhamdulillah..
dah masak dengan jayanya..









Tunggu apa lagi..

jemput mai makan sama-sama :) :)







stok samosa yang sentiasa disimpan dalam freeze..
senang mengkalu ada tetamu tetiba terjah mai rumah..

keluaqkan saja bagi sejuk dan hilang kebekuan..

goreng...

makan...

yeahhhhh !!!!