Rabu, 15 Ogos 2012

Ramadhan ke-26 1433H

Alhamdulillah...
cepatnya masa berlalu..
sedaq tak sedap dah hari ke 26 umat islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun 2012 ini.

Memandangkan hari ini bekerja opis hour, 
maka selepas waktu bekerja tadik.. aku, kak nurul, jannah, munirah ngan ujang beramai-ramai berbondong-bondong pi bazar ramadhan kat lapangan terbang berdepan One Helang Hotel..
yang syoknya bila pi sendirik beli makanan, semua benda nampak menarik dan nak belik untuk makan masa berbuka nanti..
tapi sebelum mai bazar lagi dah amik sesiap RM10.00 buat bekalan untuk berbelanja  :)
tau dah, lagi banyak duit kat tangan, lagik banyak benda nak dibelinya.. huhuhuhu...

Jalan punya jalan,
last2 kami semua sepakat (sebenaqnya dari klinik lagi dah memang nak beli!!! hihihi)
kami beratuq panjang-panjang tuk beli NASI KERABU PATTANI..
nah haaaihhhh!!!! mercikkk...
semua sehati sejiwa pilih menu yang sama.. senang tak payah pening kepala jalan sana sini jenguk juadah nak beli.. huhuhuhu...




muka tak sabaq nak melantak nasik kerabu.. hehehhehe








indahnya kenangan ini!!
pastinya Ramadhan yang akan datang kita takkan bisa mengulanginya kembali..
huhuhhuhu.. sediiihhh (amik tisu, lap mata laju-laju)





memasing makan menu yang sama..
cuma sesat NASIK TOMATO budak jambu tue.. 

p/s: kredit to ammar.. untuk gambaq hok lawa-lawa neh.. tepon aku nokia hat boleh wat kol & sms saja.. tadak kamera nak shoot-menshoot-shooting lagu neh...



Selasa, 14 Ogos 2012

TEMAN PENGGANTI....



Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Jumaat, 10 Ogos 2012

oh Gastrik!!

uwaaaa...
tiba-tiba ja lepaih sahur kena gastrik!!!
menci.. menci... menci
neh musti gara-gara makan sambal kerang masa berbuka 
tadik
(dah tau x boleh makan pedas-pedas, tapi gatal jugak nak makan... hah neh lah padahnya)
alamatnya menangis x berirama lah jawabnya...
nasib baik pagi neh tak payah pegi kerja memandangkan jumaat adalah cuti mingguan bagi negeri kedah...

so, cara untuk meredakan perut yang yang meragam neh...
siap-siap makan epal (uiks, patutnya minum susu!!)
minum air masak banyak-banyak...
tenyeh krim pati halia banyak-banyak kat perut
(kalau tak, maunya kena drive pagi-pagi buta pi sepital tuk cucuk!!)