Jom Masak Sendiri : PUDING ROTI LAGENDA (Resepi Ringkas Pasti Menjadi)



Aduhai.. jenuh "bercinta" nak buat entri pasal masak-memasak kat belog shomell aku neh,

Mood nak menaip asik tergendala umpama cuaca kat alor setar yang sekejap hujan sekejap panas..
Letih berjalan cuti-cuti malaysia kedah->pahang->johor->kedah hat minggu lepas pon belum hilang lagik

Ok-ok stop membebel sengsorang!!!

Alhamdulillah, penangan selepas buat Kek Lapis Asam Manis bersama-sama kakak aku untuk hantaran pertunangan Saifullah, anak menakan aku di Kuala Rompin Pahang ritu membuatkan semangat aku membuak-buak untuk mencuba berjinak-jinak menceburi bidang mengukus pula...

Hah, tetiba saja kan???

Memandangkan aku neh mempunyai ilmu yang sederhana pasal bab masak-memasak, 
pertolongan darik Masterchef Encik Google amatlah dihargai..

Resepi neh aku dapat masa dok ketaq pulun cari resepi mudah serta ringkas pembuatan kek kukus menggunakan air tangan sendirik (huh.. sangat POYO statement kau!!)

Jom.. pakat2 CUBA, TRY, TEST !!!


RESEPI RINGKAS : PUDING ROTI LAGENDA
(resepi ini aku ubahsuai sendiri mengikut bahan dapur yang sedia ada)

Bahan-bahan ( untuk kegunaan 2 bekas loyang kecil )

6 keping roti putih - baki terakhir yang ada dalam dapurku
1 tin susu cair
2 sudu teh esen vanilla - untuk kurangkan bau hanyir telur
4 biji telur ayam
1/2 cawan gula pasir - kurangkan sukatan jika anda penghidap kencing manis
1/2 cawan air masak





roti putih Gardenier






susu cair







essen vanilla






telur ayam







gula pasir





air masak





Cara-cara memasak :
**** sila gunakan hanya separuh daripada  bahan-bahan tadik memandangkan bahan diatas adalah untuk kegunaan 2 bekas loyang kecil


Langkah 1 (ROTI)




Carik-carikkan 4 keping roti hingga menjadi cebisan kecil





masukkan 1/2 tin susu cair ke dalam bekas loyang yang berisi roti putih








tekan-tekan roti tadi dan biarkan terendam selama lebih kurang 15 minit







aku ubah roti rendaman susu ke dalam bekas neh sebab loyang tadi aku nak guna buat Langkah 2 pula :)






Langkah 2 (GULA HANGUS)
**** Lapisan bawah PUDING ROTI LAGENDA





Masukkan 3 sudu gula ke dalam bekas loyang yang diletakkan keatas dapur memasak (guna api sederhana kecil supaya gula x-cepat hangus)






Kacau gula perlahan-lahan hingga cair










gula yang dah cair akan bertukar ke warna keperangan dan mengeluarkan bauan yang amat menggoda.. cehhh.. :)

dan-dan rasa lapaq!!!












ratakan gula di dalam loyang








gula hangus yang telah siap dimasak..
angkat loyang dan sejukkan gula tadi yer tuan/puan






Langkah 3 (KISAR MENGISAR)
*** aku guna blender saja. mudah dan pantas serta menjimatkan masa 






masukkan 2 biji telur, 2 sudu gula pasir, 1 sudu essen vanilla,roti yang telah siap direndam dan 1/4 cawan air masak ke dalam mesin blender









kisar bahan-bahan tadi hingga hancur lebur 









bahan yang telah siap dikisar rapi









JOM KUKUS






Letakkan loyang yang berisi gula hangus ke dalam periuk pengukus yang telah siap sedia dipenuhi air









masukkan bahan yang telah siap dikisar ke dalam loyang












kukus menggunakan api yang sederhana selama lebih kurang 30-40 minit







bila puding dah naik penuh dalam loyang, matikan api dapur dan buka penutup dengan segera








puding roti yang siap dikukus







keluarkan loyang ke tempat lain dan biarkan puding hingga sejuk...
terbalikkan loyang tadi ke dalam bekas lain 



TARAAAAAAAA!!!!!!!




PUDING ROTI LAGENDA KUKUS dah siap untuk dimakan begitu saja :)

NYUM.. NYUM.. NYUM








Maaf, sebab tekstur puding neh nampak belemoih sikit..
tak sabaq dah nak tunggu sejuk.. terus terbalikkan dalam bekas..

bau-bauan nya yang serbak mengharum amat menggoda selera untuk terus cepat-cepat potong ---->> rasa ---->> MAKAN 

















































































Ini bekas kedua PUDING ROTI LAGENDA yang aku kukus sesiap..












lepas saja siap dikukus, aku biarkan sampai ianya sejuk sebelum di simpan dalam peti sejuk..
puding neh amatlah enakk jika dimakan sejuk-sejuk...








Siap bungkus baki lagi 1 loyang habuan bagi kengkawan dekat tempat kerja mencuba rasa :)

untung-untung pasneh bole amik tempahan buat puding kukus pulak kan??!!!

$$$$$$$$$$$$$

masyukkkkk :P








tak sampai beberapa minit, puding neh dah selamat mendarat dalam perut masing-masing
Alhamdulillah.. percubaan pertama kali buat puding roti menjadik dengan jayanya...

oh.. YESSS !!!!











Ulasan

cik Anggur berkata…
sedAP nya...kena try buat nie
nana_picanto83 berkata…
Sila2...
Jgn lupa up entry pasai tue nanti yer :-)
Hanani Azmi berkata…
bleh lah nak pi singgah makan kat umah member aku ni..sah sedap ni..nak order bleh????
smRose berkata…
Salam singgah sini-dah follow
Kamsiah yusoff berkata…
sedapnya...biasa buat yg tak berkuah ..
nana_picanto83 berkata…
hanani: nak makan?? nanti klu rajin terlebih, aku buatkan untuk ang nah :)

smrose: terima kaseh!! saya suka blog kak rose yang dipenuhi info berguna pasal cucuk tanam tue.. hihihi

kamsiah: terima kasih, pertama kali mencuba.. alhamdulillah berjaya.. klu berkuah rasa manisnya lagi umphhh.. :)
Liza Razak berkata…
ni wajib cuba ni..nampak sedap sgt !
nana_picanto83 berkata…
liza: sila2, nanti dah buat jangan lupa tag nama Nana... musti menarik kan :)
aien berkata…
huhuhu.. . mCM Sedap jew .. . p try wt x jadie un .. . asal puding uh x naik pun .. . huu .. nk try lg skalie p takot x jdie lakk.. . .


aien berkata…
huhuhu.. . mCM Sedap jew .. . p try wt x jadie uh .. . asal puding uh x naik un .. .. huu .. . so sad.. . nk try wt lg skali p tkot x jd gax.. .
Unknown berkata…
Kalau guna rice cooker boleh x? Sbb xde pengukus hee
mickey♥monkey berkata…
Wow. Simple nye. Puas cari resepi buat puding roti dengan mengukus. *lap peluh* thanks akak sbb share. Nnti kita follow. So easy meyh..
Fazliana berkata…
nampak macam mudah & sedap
azuha berkata…
tq tq tq.... i gonna to do your recipe today for iftar desert ...hopefully done well...tq ya nana..
Unknown berkata…
Wahhg...boleh cube sat lagi ni..buat juadah utk berbuka..tq..
Unknown berkata…
Boleh cube sat lagi ni..tq..
Unknown berkata…
Gule hangus tu x payah letak air ek?? Nanti die keras kan?? ...
Slalu wat gule hangus x jadi...huhu
nana_picanto83 berkata…
@noraziah masian : xpayah boh ayaq, nanti gula tue cair sendirik.. Kacau pelan2 sampai ayaq gula keras dan rata sekeliling bekas.. Slmt mencuba
nana_picanto83 berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nana_picanto83 berkata…
Mohammad noor afifi : tak pernah try g kukus pakai rice cooker...
Unknown berkata…
Kalau x buat gula hangus tuh pon x per kan
Unknown berkata…
Bagaimana nak buat yang tak berkuah
Natrah Mohamed berkata…
Wah, nampak menyelerakan!

Nak buat pasni.
Unknown berkata…
hmmm..nmpak mabeles..wajib cube nih..

tapi


WAJIB BACA NI JUGA -----> PCOS Dan Peluang Kehamilan
Miss Merah berkata…
Hi ! Nice ! Simple easy :D
Thanks for sharing
Macam puding caramel @ puding gula hangus pulak tgk . . hee
Unknown berkata…
sy dah cuba..memang sedap... :)
Unknown berkata…
Wah.nampak sedap..nyum nyum

Jemput singgah blog zarariana@blogspot.com
boleh dikukus rupanya puding roti ni yer... selalu tau yang bakar jer... nampak sedap nii...
Unknown berkata…
Lps kukus mmng jd lembik ke??
Mcm berair cmtu..tlg sya.x tau n
Unknown berkata…
Sya dh try tpi rsa tawar pstu gula dia jd pahit...knapa ye..
nana_picanto83 berkata…
afif adam: mungkin masak gula karamel tue terlalu lama hingga hangit, sebab tu la jadik pahit.. seeloknya cairkan gula dan sejukkan.. jangan biar bekas gula karamel tue atas dapur yang sama.. nanti haba panas yang masih bersisa (walau api dah dipadamkan) akan buat gula karamel jadik separa panas dan hangit... puding roti neh memang ala2 lembut dan lembik sikit.. kalau nak bagi keras, tambah roti 2,3 keping dalam adunan.. gud luck :)
nana_picanto83 berkata…
hasnieda mohamad: hat kukus neh versi lembut.. sedap tau.. :)
Unknown berkata…
Esen vanilla tu satu sudu teh ke satu sudu besar ye?
Unknown berkata…
Esen vanilla tu satu sudu teh ke satu sudu besar ye?
nana_picanto83 berkata…
nur nadzmiah: esen vanilla tue bubuh guna sudu teh hat kecik ja.. bagi ada bau2 vanilla sket.. haritu tue nana try bubuh perisa pandan.. sedap jugakk.. :)
Nur Rahifah Karim berkata…
In shaa allah pas mesy guru ni saya cuba ye..
Chloe Audrey berkata…
Sis...sy dah try resepi yg sis bg d atas tu...mmg lembut dn gebu...tapi...knpa yg sy buat tu gula hangusnya pahit?mmg pahit ke rasa dia sis?lain kali nk cuba lg buat yg lbh ummmphhh...hehehe...btw tq for sharing the recipe
nana_picanto83 berkata…
chloe audrey : kalau tak silap rasa pahit karamel tue mungkin sebab masak gula terlalu lama jadik dia jadik perang gelap dan bertukar rasa menjadi pahit.. next time cuba try len, bila gula dah cair dan rata dalam bekas.. terus angkat dan sejukkan.. jangan biar atas dapur panas tadik.. insyaallah akan dapat karamel yg manis.. mudah2an :)
Azie Aziera berkata…
Saya dah cuba resepi dari cik....menjadi tak manis pun sedang elok...tq...
nana_picanto83 berkata…
@azie aziera: terima kasih sebab sudi jenguk blog dan cuba resepi ringkas puding roti neh..
sharing is caring :)
sister ranggi berkata…
Nak cuba la .. mesti sedap
sister ranggi berkata…
Tengok pun macam dap jer.. terjilat jari
sister ranggi berkata…
Macam sedap jer.. mesti try ni
nana_picanto83 berkata…
@sister ranggi : wajib cuba & update kat sini nanti yer.. selamat mencuba.. caiyokkkk :)

Catatan Popular