Khamis, 15 November 2012

jom jalan-jalan: LANGKAWI CABLE CAR



Asal hujung minggu saja, mesti anak-anak buah aku pakat dok merengek mintak bawak jalan-jalan..
tak pergi jauh pon tak apa, asalkan dapat naik PICANTO dan makan aiskrim...




Alahai anak-anak... 



Jadi memandangkan mood aku tengah baik, petang tue kami semua pakat pi bagi ikan-ikan kat ORIENTAL VILLAGE tue makan kenyang-kenyang..




Orang paling excited mustilah HAKIMI..
Asik nak fish.. fishhh.. dan fishhhhhh......
Agaknya ikan-ikan tue pon dah cam muka dia dan tak sabaq-sabaq tunggu lawatan mingguan hakimi kat kolam tue..

:P






# pemandangan indah LANGKAWI ORIENTAL VILLAGE










# sayup-sayup nampak CABLE CAR...

Memula memang nak join naik, tapi memandangkan sekarang musim cuti sekolah maka ramai pelancong kat sini.....

jadik lebih baik batalkan hasrat sebab perlu beratur panjang sepanjang panjangnya untuk naik kereta kabel tue...











jom ber "WINTER SONATA" kat sini.. huhuhu....
Tempat ini merupakan lokasi wajib TANGKAP GAMBAR memandangkan pemandangan nya yang teramat-amat indah...
seolah-olah berada di KOREA gitu.. 
hah, tak percaya??? mai try cuba test tengok!!












awek KOREAN versi melayu... 

Khamis, 1 November 2012

jujur aku pasrah

seringkali ku akui, cemburu menguasai diri
pabila menyaksikan indahnya cinta mereka

seringkali juga aku dambakan
kenapa kisah ku tak pernah seperti begitu..

adakah tiada lagi ruang untuk aku
sama-sama merasai kembali.. segala rasa itu??

Hijaunya rumput di halaman mereka
tak terbanding segarnya lamanku ini
namun...

kenapa itu juga yang aku impi-impikan!!

Pabila rasa amarahku tak mampu lagi dibendung
luapan kebencian tak dapat diselindungi
lalu... untuk apa lagi sapaan indahnya bahagiamu
perlu aku intaikan dari sebalik tembok beku itu

jujur aku pasrahkan hati ini
andainya bahagia itu takkan mungkin pernah jadi milikku

jauhkan lah wahai ALLAH
dari terus menerus dibaluti keluh resah ini

sendiri.. sepi selamanya