Isnin, 23 April 2012

program diet 2012


menu hari ini 23/04/2012....

sup kaki ayam + sayur-sayuran..
air masak 0...
roti hi5 nutri white..

berat semasa: 59.75 kg....





Sabtu, 21 April 2012

Tika Hati Berbicara Sepi

Sepi...
tiada lagi kata-kata manis terluah dari bibirmu
yang tinggal hanyalah sesalan cuma

Hambar...
riak wajah tak lagi seiring dengan kata-kata
kedinginan makin jelas terserlah

Jauh...
langkah kaki kita takkan lagi seiring
persimpangan duka jelas di depan mata

Redha..
hanya ini yang termampu kuluahkan
maka berbahagialah kau disana

( *v*)

Khamis, 19 April 2012

DIAM.. oh LUFYA

Pertama kali tertengok video klip neh, buat aku ala-ala teruja...

tak pernah dengaq pon yang pelakon Lufya neh menceburi bidang nyanyian lak... 

anyway.. ermmmmm, sedap gak suara dia bila dengaq lagu neh berulang-ulang kali.. konpom ampa suka!!

video klip dia bagi aku cukup meriah.. dengan kaler maler dan awek + pakwe yang macho dan santeek...

oh yeahhh!! gatalll kau yer... hahhahaha...

so  jom layan sesama & jangan lupa tinggalkan komen ampa semua bila tengok lagu neh yer...

ten q.. ten q.. ten q....



Rabu, 18 April 2012

Panas Hati.... Aku Sangat Kesah!!!

Isk... Isk... Iskkk.... Geramnya aku!!!!

"Uiks... tetiba ja nak marah kat orang neh, pasaipa????" Incik Hati tertanya-tanya dengan penuh kemusykilan.

"Sapa tak marah kalau cakap berulang kali tapi tak jugak paham2 bahasa....!! " kata-kata pedas yang keluar dari bibirku.

"Kenapa???" tanya lagi Incik Hati.

"Geram betul aku, bila jumpa manusia yang dah berulang kali kita terang benda yang sama tapi masih buat derkkk!!!,sabaq kita dia tak peduli... sabaq dia kita kena pulun ambik kesah..." bibir masih mendongkol marah.

"tak baik marah2 camneh, bangun!! cepat2 pergi bilik air.. ambil wuduk, sejukkan semula hati yang tengah panas neh..." Incik hati berbicara lagi penuh diplomasi.

TERKEDU... TERDIAM sesaat aku dibuatnya.

YA ALLAH, kenapalah aku terlalu ikutkan hati yang tengah marah ini...

Berjoget sakan syaitan2 di sekelilingku bergumbira pabila aku berkeadaan begini....

Ayuh, tanpa berlengah aku terus melangkah menuju bilik air untuk mengambil wuduk.......




Selasa, 17 April 2012

muga cepat sehat sejahtera

klip pok.. klip pok...
hurm dah pukul 1.38 pagi... mata masih takmo pejam walaupon dah melepasi masa tidoq...

asik batuk x berenti2 dah menelan masa hampir 4 hari... nasib baik selesema ala2 dah kering sikit :)

semua neh ujian dari ALLAH... sesekali didatangkan rasa sakit pabila sepanjang waktu dikurniakan kesihatan yg sehat sejahtera...

\\

ubat-ubatan yang perlu dimakan bagi menghilangkan kesakitan ini...




siap buat jadual makan ubat2an.. maklumlah "short memory lost"... huhuhuhu




wokeyhhh... dah siap makan ubat, maka boleh tidoq lena ngan nyaman nyaa!!!


Isnin, 9 April 2012

DIAM!!!!!!!!!

setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan....
maafkan aku kiranya setiap kata-kata yang keluar dari mulutku tak pernah engkau senangi...

sekiranya kau memahami, tidak mungkin sebegini anggapanmu terhadapku...

makanya aku rasakan pada saat dan ketika ini, DIAM itu adalah jalan terbaik buat kita...

Selasa, 3 April 2012

SUAMI AKU USTAZ!!!!!!???????

Bakal Terbit Pertengahan April - KaryaSeni



Antara novel yang paling ditunggu-tunggu oleh aku pada abad ini...

hehehhe.. tak sabaq nak baca kesudahan ceritera Alisa dan suaminya, Abang Hafiz merangkap sepupu dan ustaz di kelasnya...

pasti ada saja keletah remaja nakal ini yang akan merobekkan usus perut aku yang kekejangan alamat terlampau syiookk dok bergelak sakan bila mengadap novel neh...

bakal berada di pasaran pada pertengahan APRIL 2012... cupp.. cupp.. cupp.. makanya tuan punya blog SUAMI AKU USTAZ ini pasti akan mendapat rating pengunjung yang tinggi pabila novel ini berada di pasaran kelak..

kita tunggguuuuuuu!!!!!!!