Jumaat, 27 Jun 2014

BERKELAH DI PANTAI KOK PULAU LANGKAWI

Memandangkan 2,3 hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan meraikan kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia neh, aku ngan anak-anak kesayangan mai berjemur di laut sambil menghabiskan sisa-sisa cuti di hujung minggu ... Nikmatnya dapat menghirup angin laut yang segar (oh.. poyo!!!).....





Untuk yang tak tau, pulau yang penuh dengan pepohon Rhu kat depan tue merupakan antara salah satu pulau buatan yang terdapat kat Pantai Kok neh.. 

Selalunya kami sekeluarga akan pi bakaq-bakaq ayam-ikan tang tue sambil menukui siput.. hurmm nyum=nyum !!!
  
Tak perlu skil berenang yang terer-terer untuk ke situ sebab bole naik bot aja, toksah nak buat payah sangat lah.. hihihihihi..







sambil melunjur kaki baca novel, sempat gak snap pemandangan indah depan mata...




Ceon dok tekun memancing, lepaih gian katanya..
dah dekat-dekat nak SPM neh, semua alatan memancing kakak aku sembunyik...
nak bagi ceon fokus kat exam besaq neh.. tue pon dia asik ngelat pi mengail sana sini.. hahahahha






anak-anak paling seronok bila mai kat pantai neh, 
bole main pasir pantai.. mandi laut.. memancing dan part paling sempoiii... ligan ketam.. 
peberet aku masa kecik-kecik tue...

:)

:)










Sesambil monitor bebudak kecik-kecik dok main ligan-ligan kat tepi gigi ayaq laut tue, kami kaum-kaum ibu sibuk dok update ceritera perkembangan peribadi.. maklumlah bukan senang nak berkumpul cenggini..

Cikedis semua tue disponsor oleh Cik Ton..
Sanggup beliau mai darik Pekan Kuah ke Pantai Kok semata-mata nak bersidai-berjemuran kat sini 
hihihihihih.. nanti bok mai banyak lagik nooohh....







INDAHNYA ALAM CIPTAAN ALLAH...






Isnin, 23 Jun 2014

FACEBOOK GROUP : JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KEDAH

wah.. rindunya nak taip-taip kat belog yang dah berhabuk-habuk neh...

Memandangkan kesukaran untuk mencari pelbagai makanan / masakan hat sedap-sedap lagi sempoi kat kedah neh, makanya aku dengan sukarela lagi Pulun Cap Pelam mengwujudkan satu inistiaf terbaharu kepada penggemar makanan Kedah di seantero dunia maya.. hihihihi...

Maka bermula awal tahun 2014 yang lalu, terhasil lah hakcipta terpelihara lagi suci murni :-


I
I
I
I
I
I
V
V
V



Mengkalau ampa semua mengaku anak jati Kedah, maka ampa semua memang patut jadikkan laman 
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KEDAH sebagai panduan lokasi terjahan ampa... gerenti puas hati !!!!

nyum-nyum-nyum....