Ahad, 28 Ogos 2011

Berkhidmat Untuk Negara

Wah.. wah.. wah... sempat lagi menyapu sawang pagi-pagi neh...

Rasa aman damai masa mai kelija petang neh.... Dok rushing lagi 10 minit nak pukul 8.00 pagi...

Speed sakan sampai 80 km/j... Takut orang ramai kat jalan nanti sampai lambat, punch kad merah lak ....

Alih-alih tak sampai 6 minit dah sampai kat tempat kerja... Alangkah syoknya kalau hari-hari perjalanan aman dan lancar selancar lancarnya cam neh... muahahhahhaa.....

Sesampainya kat tempat kerja lak, keadaan dalam tue gelap gulita...feeling gumbira sakan ingatkan tak ramai patient hari neh...

Alih-alih tak sampai 2 jam dah dekat 50 patient mai... aduyaaaiiiii...

takpalah... niatkan di hati dengan penuh ikhlas, BERKHIDMAT UNTUK NEGARA :)

Dan-dan rasa sejuk hati dan penuh bersemangat nak kerja sampai pukul 5 petang nanti...

:) :)


Jumaat, 26 Ogos 2011

Salam Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin

Eh.. Eh.. Dah lama rasanya tak sapu sawang kat blog neh..
Punya banyak benda nak cerita, tapi asal pegang laptop jer... idea nak menulih larik...
Nak ligan sangat-sangat pon tak larat!! Puasa lah katakan :)

Lagi 3 hari nak sambut raya, alhamdulillah dalam dok tadak rasa nak beli baju raya tahun.. dah terbeli 2 pasang
Tahun neh pakai rona merah+hitam dan rona oren.. wah peberet kaler tue...


Esok pepagi nak bangkit wat kuih sepit...
Memandangkan esok cuti so kenalah manfaatkan cuti yang ada neh ngan kegiatan yang teramat berpaedah...

So buat kengkawan yang dok excited nak sambut raya kat kampung masing-masing..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN...

sedihnyaaa... aku tadak kampung... wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sabtu, 20 Ogos 2011

LAGU UNTUKMU....



Tetiba ja malam neh, mood sentap... huhuhu


Anyway... malam neh kita layan lagu yang sedih pedih mengguris neh...


Enjoyyyy...

Selasa, 16 Ogos 2011

Ramadhan 16 ~~~~ tik tok tik tok........

Cepat ja dah masuk hari ke 16 umat Islam seluruh dunia berpuasa kan...


Kurang 2 minggu lagi dah nak raya... wuaaaa baju raya pon takdok g...


Napa tahun neh tadak perasaan tuk beli baju raya cam 20 tahun yang dulu hah??? konpius.. konpius...


Agaknya dah makin tua neh makin kurang keinginan nak melawa-lawa cam dedulu....


Hari neh balik berbuka puasa di kampung... dok plan-plan jugaklah nak beli juadah hapa tuk berbuka ngan keluarga tersayang...


ermm.... tetiba ja terbayangkan AYAQ TEBU sejuk2.... 


TEMBIKAI KUNING??!!!! huhuhuhu  i like!!!


BURGER MALAYSIA.....




hurmmmm... nafsu oh nafsu......!!!!!








Isnin, 15 Ogos 2011

" Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "




Assalamualaikum.... first time aku join segmen cam neh... selama ini dok baca time blogwalking ja.. :)


Wokeh my pemes name (ceewah, speakiing LONDON lah pulak)... Nana Picanto @ panggil ja nana 


Hobi aku yang paling aku suka buat sejak 2,3 menjak neh ialah layan facebook, blogwalking dan men Farmville... (dah makin melimpah ruah tanah pusaka aku neh)


Sekian.... :)

HEPI BELATED BIRTHDAY :)


Tengah dok syok siap-siap nak balik kerja memandangkan dah 

hampir pukul 5 petang, tetiba member sebelah mai bagi bungkusan

 yang dikirim dari opis...

penuh teruja aku membukanya memandangkan ada diselitkan kad ucapan...

taraaaaaa............. hehhehehe tak sangka masih dapat hadiah 

walaupun tarikh ulangtahun kelahiran aku dah 

lama berlalu...

Thank You So Much wat memember KELAB SUKA SUKI yang bagi aku perfume comeiii neh...

Suka sangat-sangat sampai nak meleleh air mata bila melihatnya...

Terer gak ampa suma cari hadiah yang menepati taste aku nohhh.. :)



penuh suprise.. ingat kan dapat hadiah STAMP PAD + COP neh.. hehhehe... bijak2 ampa mengenakan aku nohh!!!






kad ucapan yang sangat SWEEEEETTTTT....







Comeiii tak??? wangi semerbak.. rasa sayang lak nak guna :)







THANK YOU SO MUCH TO MY LOVELY FRIENDS

ARTISAN Pizza : Juadah Berbuka Ramadhan - 14



Dari awal Ramadhan lagi dok teringin nak pi makan pizza...
Dekat Langkawi neh, Artisan Pizza ja yang paling glemer dan hampir ngan umah aku...
Kebetulan aritu kat klinik, ada budak pekerja ARTISAN neh yang mai dapatkan rawatan.. so sembang punya sembang dia gitau kata ada harga istimewa sempena Ramadhan...


Jadik petang tadik, ajak Incik B kuaq buka puasa kat luar, tak sangka lak dia bawak g makan pizza... muahaha.. syok se-syok syoknyerrrrrrr


Harga pakej Artisan bermula RM10.50 - RM 50.00...  sesapa yang nak broucher menu dia... sila maklumkan dengan kadar SEGERA kat aku yer... :)


Pilih punya pilih... kami bersetuju (wah skemanya ayat aku) pilih set C..

- 1 regular hawaian piza
- 2 mushroom soup
- 4 slices of garlic bread
- 2 silap bandung ( seedaap )
- 1 fruit platter ( depa bagi tembikai merah hati )
- 2 biji kurma ~~~~ complimentary

semua menda alah kat atas hanya berharga RM25.00.. teramat MURAH kan???!!!





kami sampai kat situ dalam pukul 7 petang... kekira elok-elok depa siapkan piza sebelum azan maghrib :)





sementara menunggu, jom layan movie "TOLONG!!.. awek aku PONTIANAK"
best-best memandangkan aritu tak sempat g tengok kat pawagam






YEAAA... udah sampai makanan yang di pesan!!

Hah, menarik kan air sirap bandung neh... meleleh air liur tunggu waktu berbuka...






Hawaian Pizza yang agak sedapp.... 

Cuma yang tak bapa best bila dah sejuk, rasanya agak keras!! tak macam pizza hut.. huhuhuhu





karipap karipap cinta neh (wah tolong promote filem Karipap Karipap Cinta yang bakal ditayangkan Aidilfitri

nanti), tak disediakan yer.. sila beli sendirik di bazar ramadhan yang berkaitan...


















sebelum balik ke rumah sempat g, berjalan sekejap ke Langkawi Parade...

Singgah kat "rest & go" Gintell... seronook-seronokk..... urutan yang menyamankan jiwa raga 








Ahad, 14 Ogos 2011

Khamis, 11 Ogos 2011

Ungkapan Penting Yang Selalu Kita Abaikan.....


BONGKAR TIP BERDEPAN DENGAN RAKAN NEGATIF!


Kehidupan akan jadi lebih ceria sekiranya kamu dikelilingi oleh rakan-rakan yang memahami. Namun kita  sering terperangkap dan terjerat dengan masalah persahabatan . Tidak kira walau di mana jua kita berada  dan sematang mana pun usia kita, masalah persahabatan pasti boleh berlaku di dalam kehidupan kita  sehari-hari. Maklumlah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Setiap individu di muka bumi ini pasti  memiliki sikap dan keperibadian yang berlainan antara satu sama lain. Jadi kita harus jadi lebih bijak dalam  menghadapi permasalahan dengan rakan-rakan di sekeliling kita.

Mungkin kamu pernah berhadapan dengan seorang rakan yang memiliki sikap negatif. Ketika berhadapan  dengannya, perasaan marah, geram dan meluat pasti menghantui emosi kamu di kala itu. Sebenarnya  memang tidak mudah untuk berhadapan dengan rakan-rakan yang memiliki karakter negatif sebegini.  Lazimnya, sikap negatif itu timbul disebabkan si dia tidak berasa bahagia dalam kehidupan atau pekerjaannya. Lebih bahaya lagi mereka gemar mengganggu orang lain untuk mencari kepuasan diri  sendiri dan secara tidak langsung karakter buruk itu boleh mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Ada tiga  langkah yang boleh kamu lakukan untuk berhadapan dengan rakan sedemikian.

Jom semak tip berikut:

1. Jagalah jarak

Dengan menjaga jarak kamu mampu untuk lebih mengenali ciri-ciri atausikap sebenar individu tersebut. Kamu juga boleh belajar menerusi tindaktanduk  yang dilakukan mereka sehingga semakin kerap kamu  bertemu dengan orang seperti ini, semakin kuat dan matanglah diri kamu dalam pergaulan sehari-hari.

2. Kebalkan diri

Carilah pelindung agar kamu tidak mudah terpengaruh dan terikut-ikutdengan sikap negatif rakan kamu  itu. Kamu boleh membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh si dia terhadap diri kamu.
Keadaan akan jadi  lebih tergugat jika kamu dikelilingi oleh rakanrakan yang suka bergosip kerana situasi ini akan  mempengaruhi suasana persekitaran yang keruh menjadi semakin parah. Sebelum kamu mengambil  sesuatu keputusan, tidak salah jika kamu mencari informasi pada sumber lain yang boleh dipercayai.

Rabu, 10 Ogos 2011

sedutan movie RISE OF THE PLANET OF THE APES











RISE OF THE PLANET OF THE APES (movie) - Langkawi Mega Cineplex Show Time


RISE OF THE PLANET OF THE APES (ENGLISH)
Classification: PG13
Starring: James Franco, Tom Felton, Freida Pinto
Director: Rupert Wyatt
Genre: Action / Adventure / Science Fiction

Show Time
10-Aug (Wed)  4.45pm, 6.45pm, 8.45pm, 10.45pm
11-Aug (Thu)  4.45pm, 6.45pm, 8.45pm, 10.45pm
12-Aug (Fri)  4.45pm, 6.45pm, 8.45pm, 10.45pm
13-Aug (Sat)  4.45pm, 6.45pm, 8.45pm, 10.45pm
14-Aug (Sun)  4.45pm, 6.45pm, 8.45pm, 10.45pm
15-Aug (Mon)  4.45pm, 6.45pm, 8.45pm, 10.45pm



a











KUIH LEPAT LIAT

Masuk hari ke-10 bulan Ramadhan tahun neh, aku nak kongsi satu resipi kuih kegemaran aku yang wajib dibeli tetiap kali pergi bazar ramadhan....

Taraaa... resipi pilihan pada hari ini ialah KUIH LEPAT LIAT (kesukaan aku walaupon selalu kena kondem ngan member2 baik---->> asik2 makan kuih org2 tua... muahahhaha.. ada aku kesah!!)



sumber : en. Google



RESIPI KUIH LEPAT LIAT


Bahan-bahan 

  • 500 gm tepung pulut
  • 200 gm gula merah
  • 100 gm gula pasir
  • 2 cawan air dan 2 helai daun pandan
  • 1 biji kelapa parut(putihnya saja) dan sedikit garam
  • sudu besar minyak dan daun pisang secukupnya (jemur atau layur dulu)

Cara-cara memasak

  1. masukkan air,gula merah,gula pasir dan daun pandan dlm periuk dan masak hingga larut.sejukkan
  2. masukkan tepung pulut dalam bekas dan sendukkan gula yg dimasak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan sebatikan semuanya.
  3. kelapa di gaul dgn garam. 
  4. ambil daun pisang dan lenserkan minyak atasnya.letakkan satu sudu besar tepung tadi dan isikan ksedikit kelapa. lipat dgn kemas.
  5. ulang cara tadi hingga habis dan kukus hingga masak dalam 10 minit dengan menggunakan api yang sederhana...siap utk dihidangkan....

p/s: pengakuan jujur sejujur jujurnya.. aku tak pernah pon try wat resipi neh, cuma bila aku rasa nak makan musti tanpa berlengah aku cari kat kedai.. hehhehe :) adiossss

Isnin, 8 Ogos 2011

JOM TRY TEST TENGOK Part 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera yer tuan-tuan dan puan-puan (ecewahhhh... wayang ala2 chef Wan lah pulak.. hehhehe)


Disaat kerajinan melanda petang tadik, sempat gaklah aku mencuba2 untuk memasak (uiks.. masak pon bole cuba2 nooo?? )... menu pada petang ini ialah KUETIAU GORENG BERLIAN


So saksikanlah "keteraran" aku di dapur.. :)






bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak "KUETIAU GORENG BERLIAN"






memandangkan stok minyak dah tak sempat nak tambah kat dapur, aku ganti ngan marjerin planta... bau wangi semerbak satu dapuq... ihihihihi perasaaan betul :P






Tadaasaaa...... siap sudah... :) (piling-piling malu2...)

Jom.... meh join makan2

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa !!!



Beberapa hari sebelum kedatangan Ramadan, aku menghabihkan masa yang terluang p carik siput "maneh" kat pantai Temurun... Best sesangat.... Dah lama tak wat aktibiti neh, so sekali sekala dapat peluang bergumbira cenggini... teramat seronok rasanya...




Bebudak tecik neh yang yang aku usung ke hulu ke hilir... hehhehehe... love u alls..



Aktibiti wajib, BERGAMBAQ... huhuhu....



Masa kat umah emak, aku siap kerahkan bibik2 kak ida untuk kait rambutan... hahhahahha, super kejam :)
Apapun aku tau depa sonot sesangat wat kerja neh memandangkan kampung depa jauh nun di Medan, Indonesia... So merasa gak lah suasana kampung di Langkawi neh..




Dalam dok kalut kait rambutan, emak sempat g tolong kaitkan buah cempedak... 





Hampir 6 raga rambutan dapat kami kait... separuh pokok dah ditebang untuk turunkan rambutan2 neh...




Penat makan rambutan, aku bawak bebudak tecik neh tengok wayang... Meloncat sakan depa bila di"offer" sebegini.... Siap bawak kain baju berkampung di umah aku lak... :)



Sehari sebelum berpuasa, rasa teringin sangat2 nak makan sizzling mee kat Langkawi Parade... Ten q so Much to Incik B coz blanja yer.....




KFC POCKETFUL.... menjadi juadah juadah bersahur pada hari pertama :P



Diatas adalah makanan yang sempat singgah dalam perut aku sebagai bekalan untuk berpuasa pada hari pertama, harap2 dapatlah bertahan sehingga waktu berbuka :)

Sempena bulan baik ini, aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca blog aku ini.....