Selasa, 20 Disember 2011

JOM KITA JOIN "Blog Hanya Dari Mata Mini Give-Away :TQ Followers!"

Terasa amat teringin untuk turut serta join Mini Give Away dari blogger innanie Ariffin ini.... Harap2 dapatlah menang antara hadiah2 menarik yang beliau sertakan ini yer.. Doakan aku yer kengkawan semua... :)


 - 2 X Leopard-Printed Cosmetic Bag 
inspired by ELLE  





- 5 Blog X Blog Review @ Blog HDM





- 1 X Eksklusif Custom Made Satin Shawl
 design by KZ Nabihah Boutique
(follow &like FB sponsor)



- 2 Set Hair & Body Care La Source Series
by Crabtree & Evelyn
(follow & like FB sponsor)




So, memandangkan aku neh jenis tak lupa kengkawan, kat bawah neh aku tag nama kengkawan tuk turut serta merta join mini give away neh:- 




 


Ahad, 18 Disember 2011

NOVEL PILIHAN MINGGU INI





aku baca novel neh 2 minggu lepas masa filem OMBAK RINDU tengah hot di pawagam-pawagam seluruh malaysia... eceewaaahhhh...

sebenaqnya adik aku yang mula-mula pinjam nak baca novel neh darik ATHIRAH OTHMAN untuk dibaca semasa keboringan melanda, namun akhirnya aku lak yang pulun dok ngadap novel neh dari kui 12 malam sampai 5 pagi.... agak tebal gak cerita dia namun bukan nyer satu halangan untuk aku habiskan bacaanku dalam satu malam tue... 

nak stop baca rasa sayang sebab tak sabaq-sabaq nak tau kesudahan ceritera cinta antara Mazliana dan Tengku Iskandar yang penuh drama, benci, cinta, sayang dan onak duri..




p/s: punyalah menghayati babak demi babak dalam novel neh sampai tak sedar mata dah bengkak asyik menangis bila sampai part sedih emak Mazliana meninggal.... tisu dalam kotak pon 1/2 kotak hampir habis aku gunapakai untuk kesat ayaq mata... harap-harap lepaih neh adala mana-mana penerbit filem yang berminat nak filemkan novel neh sepertimana novel OMBAK RINDU yerrr....



so, mari kita layaannnzz sinopsis ceritera DOKTOR CINTA ini.. :-

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana. 

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. 

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya

CUTI-CUTI MALAYSIA - Langkawi Cable Car


Pada 3 Disember 2011 lepas, aku bawak anak-anak aku iaitu AMISHA, AMIRAH, ATHIRAH dan ANISAH yang teringin sangat-sangat nak naik Kereta Kabel kat Oriental Village berhampiran Telaga Tujuh...

Kami sampai kat tempat kejadian, dekat pukul 3 petang memandangkan perjalanan dari umah emak aku ke situ cuma mengambil masa kurang dari 10 minit.. Kekiranya kalau banyak duit, aku boleh la bila-bila masa ja pi nak kereta kabel neh sebab dekat dengan umah... ihihihihihiii.....

Memandangkan sekarang musim cuti sekolah yang pastinya ramai pengunjung berlumba-lumba mai nak naik kereta kabel, kami memilih masa petang sebab cuaca time tue cerah benderang.. Jadiknya kalau nak amik gambaq musti dapat shoot yang lawa-lawa.. hehhehe kekononnyer lah tue.....




AMISHA muka budak excited, maklumlah 1st time nek kereta kabel






dah selamat sampai ke Hentian Pertama, dah ketara muka AMISHA yang agak pucat.. cakap jer besaq kekonon berani sakan nak nek kereta kabel.. dah nek asik pejam mata, takut nak tengok kat pemandangan di bawah kereta kabel... hahhahhaha....

  



with my luvely AMISHA....









nak tergelak bila di ingat-ingatkan kembali, AMISHA jalan selangkah-selangkah kat situ lantaran ketakutan berada diatas gunung yang amat tinggi neh...





AMISHA, aku dan AMIRAH....







AMIRAH, ANISAH, ATHIRAH dan AMISHA sedang menunggu kereta kabel untuk ke hentian seterusnya...










part paling best bila kat ataih puncak gunung, bila dapat makan aiskrim sejuk-sejuk diiringi angin sepoi-sepoi bahasa... (harga aiskrim nyer xlah mahal sangat walaupon ataih gunung... cuma RM2/satu







syoknyer makan-makan AISKRIM yer anak-anak......







budak tecik AMISHA yang macam-macam adooooo.... seronok sangat dia bila impian nak naik kereta kabel tercapai.... siap ajak naik sekalik lagi masa on da way turun ke kaki gunung.. uishh... tadik kemain takut lagik nak jalan !!! hurmmm





pemandangan menarik dari Kedai AISKRIM, Gunung Mat Chincang







muka pucat AMISHA yang ketakutan, keletihan dan kelaparan setelah hampir 2 jam diatas Gunung MatChincang








PEACE.... from BUDAK BUCUKKK   :p




tak larat nak dukung AMISHA turun ke jambatan gantung neh... dia takmau jalan sebab takut sangat-sangat bila tengok pemandangan kat bawah gunung   





Baca dengan jayanya....





okeh yer.. nanti aku sambung lagik entry neh..... 


nak g makan laksa jap.... yummmm... yummmmm

Sabtu, 17 Disember 2011

Pelakon Popular EIRA SYAZIRA & AZAD JAZMIN berbulan madu di LANGKAWI


Gambaq ini diambil oleh anak sedara haku ATHIRAH OTHMAN semasa kunjungan pengantin baru iaitu pelakon popular di abad ini.. (ceewaaahhh) Eira Syazira dan Azad Jazmin berkunjung ke Pulau Langkawi untuk berbulan madu..... Untuk makluman semua yang kurang mengambil berat pasai dunia lakonan tempatan masakini, Eira Syazira sekarang tengah hot di tv3 melalui lakonan beliau dalam  slot Zehra iaitu Drama Dingin Lavenda manakala Azad Jazmin pula sinonim dengan gelaran "NIBONG TEBAL" melalui lakon layar beliau dalam filem KONGSI (Lu Langsi Lu Mati)

Mengikut cheritera ATHIRAH OTHMAN, pasangan pelakon neh datang ke restoran keluarganya untuk makan Nasi Ayam Abang Man yang dikatakan amat popular menjadik buah mulut dikalangan kengkawan pelakon tersebut di Kuala Lumpur... Wahh.. wah..wahhh.. tak sangka lah pulok glemer tahap neh Restoran Burau Corner kakak ngan abang ipaq aku neh.. sampaikan pasangan neh sanggup memandu jauh dari Pantai Cenang ke Pantai Kok semata-mata nak merasa Nasi Ayam Abang Man yang sedapp tue....

So buat sesapa yang berada di Pulau Langkawi yang punya keiginan seperti Eira Syazira dan Azad Jazmin, untuk merasa Nasi Ayam Special Abang Man bolehlah cuba try test makan dekat Restoran Burau Corner berdekatan Mutiara Burau Bay Resort.. Sesambil tue bolehla lajak pi Langkawi Cable Car untuk menikmati keindahan panorama di sekitar Gunung Mat Chincang....

Khamis, 1 Disember 2011

DEMAM..... OMBAK RINDU !!!


Sana sini sinunn.. suma orang asik benar bercakap pasal filem paling di tunggu-tunggu akhir 2011 neh.. OMBAK RINDU...

Pagi-pagi tadik masa dok ralit drive keta mai mai kelija, ada gak terdengaq temubual Aaron Aziz (boypren x jadik aku :P ) kat dalam Radio ERA..

Berkobaq-kobaq jiwa raga, tak sabaq nak g terjah panggung wayang tuk melonjakkan jualan tiket filem neh esok ngan geng klinik serta anak-anak buah aku yang diimport khas dari Pahang.

So.. nantikan ulasan tulus ikhlas aku pasai pemandangan face to face cerita neh nanti..... TUNGGUUU :) 


aku cilok sikit sipnopsis filem OMBAK RINDU neh dari en. Google:-

Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures

OMBAK%2BRINDU SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.


mk1 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN


Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


mk2 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
mk3 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah
MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON



Neh jadual tayangan, untuk penduduk KEPULAUAN LANGKAWI khususnya...
OMBAK RINDU (MALAY)
Classification: U
Starring: Lisa Surihani, Maya Karin, Aaron Aziz, Bront Palarae
Director: Osman Ali
Genre: Drama / Romance

Show Time
01-Dec (Thu)  2.00pm, 4.15pm, 6.30pm, 8.45pm, 11.00pm
02-Dec (Fri)  2.00pm, 4.15pm, 6.30pm, 8.45pm, 11.00pm
03-Dec (Sat)  2.00pm, 4.15pm, 6.30pm, 8.45pm, 11.00pm
04-Dec (Sun)  2.00pm, 4.15pm, 6.30pm, 8.45pm, 11.00pm
05-Dec (Mon)  2.00pm, 4.15pm, 6.30pm, 8.45pm, 11.00pm