Isnin, 30 September 2013

Jom Masak Sendiri : KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS)


Jeng.. jeng.. jeng..

Ingat lagi tak entri aku pasal edisi kukus-mengukus PUDING ROTI hari tue??

Hah, inilah kesinambungan cerita bab tetiba terajin memasak itu..

JOM KITA PULUN BACA !!








Awal September 2013 ritu, aku bersama kaum-kerabat darik pulau pi melancong menziarah keluarga kakak aku di Kuala Rompin, Pahang...
Tujuan utama kami sekeluarga ke sana sebenaqnya nak bagi moral support.. ecececece... konon!!
Memandangkan anak menakan kedua aku, CikPon akan bertunang dengan buah hati nya di Ulu Tiram, Johor..
Kakak aku pulak tadak sedara mara yang terdekat di sana, keluarga belah suami dia dok kat Padang Besar, Perlis..

Dalam dok pulun siapkan hantaran bagai, baru kami terpikir teringat.... yang salah satu hantaran utama iaitu KEK belum ada.. Bukan saja tak ada, beli @ tempah pon tak!! Mak aiii, kelam kelibut gak kami..
Jarak dari rumah kakak aku ke pekan Kuala Rompin lebih kurang 20 minit kot..
Ingat senang nak terpa memalam buta carik kedai kek???!!

TING!!!

Dalam dok susah hati tue, tetiba kakak aku yang mai sekalik dari Langkawi.. kak ida mengeluarkan idea paling bernas dan terbaekkkk..
"Jom kita buat sendirik kek hantaran, mau dak??"

Dari itulah tercetusnya kepakaran julung-julung kalinya aku buat kek kukus,
resepi ini antara yang paling mudah + senang + cantik : sedap
yang aku jumpa masa menggunakan jasabaik incik "google"


RESEPI RINGKAS : KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS)
(entri kali neh tak sempat nak snap gambaq step by step cara membuatnya)


*** malas nak taip resepi, copypaste darik tuantanah saja.. mohon share yer!! 
cuma edit2 hat perlu saja. kuikuikui


RESEPI KEK  KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS)



BAHAN-BAHAN
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(amik darik peti ais)
  • 225 gram gula halus (1 cawan rata)
  • 220 gram tepung gandum*(2 cawan rata)
  • 1 sudu kecil rata baking powder*
  • 1 sudu besar ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 susu kecil garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka (stok yang ada)
  • secukup hawflakes

CARA-CARA MEMASAK
  1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.Loyang disapu minyak/butter dan dialas dengan baking paper.Ketepikan.
  2. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer (NP guna blender saja) kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  3. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian (hijau/kuning/merah) dan warnakan mengikut kaler pilihan. (NP buat kaler hijau/kuning/merah)
  5. Tuangkan adunan yang telah diwarnak ke dalam loyang.Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya
  6. Kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.Pastikan lapisan kek telah masak, barulah dilapis dengan lapisan seterus
  7. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.(Untuk lapisan terakhir NP kukus selama 40min)
  8. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.



ini lah KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS) yang kami jadikkan hantaran kepada pihak perempuan.. 

Kerana ini percubaan pertama,  KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS) lapisannya jadik kecil besar sebab ramai assistant chef yang dok menolong sesama..kalut sembang sana-sini, terlupa saja berapa bilangan nak boh bagi tiap lapisan.. huhuhuhu.. 
Apapun ianya memang sedappp dan gebusss.. 

NYUM-NYUM-NYUMMY !!!


InsyaAllah kalau mai lagik MOOD terlebih rajin nak buat kembali  KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS) bagi cantik-cantik, aku akan share entri nya kat sini yer 

:)
:)
:)





p/s: bagi hat dok tertanya-tanya apa benda lah HAWFLAKES a.k.a ASAM MANIS neh..

inilah rupanya si cantik manis neh yer tuan/puan

I
I
I
I
v
v


sumber: Google


SELAMAT MENCUBA!!

SHARING IS CARING!!



Sabtu, 28 September 2013

TEGAR aku yang dulu bukanlah yang sekarang (VIDEO KLIP RASMI)





Masa dalam perjalanan balik ke kuala kedah menaiki Feri Langkawi Ferry (LK) Sdn Bhd,
aku saja-saja seronok dok men "google" video klip lagu-lagu kat You Tube..

Bosan kot dok terperuk dalam feri hampir 2 jam darik pulau ke tanah besar..
Cerita hat yang ditayangkan kat tv feri tue pulak kurang menarik,
tetiba saja aku terjumpa video klip rasmi anak kecil TEGAR dari Indonesia neh..

Punya femes budak neh, lagu dia menjadik siulan  kepada semua peringkat umur tak kira tua mahupon hat muda, budak-budak lagi lah suka bila dengaq lagu neh.. senang saja lirik dia walaupon sekalik dengaq tak beberapa paham apa yang dia nyanyikan

Aku neh pulak jenis kalau download lagu tak kira apa bahasa..
baik bahasa melayu ataupon mat saleh, mesti kena cari yang ada lirik..
bukan apa, senang nak tau butiran sebutan penyanyi tue (!)owh.. SKEMAnya!
dok syiok pulun nyanyi berpuluh kali, ntah2 larik ke laut maksudnya bila sesuka hati saja dengaq tanpa tengok lirik kan?!! (aku tau dalam hati hampa dok pulun kata --->> ada aku kesah??!!)

:P  :P  :P



HAH, hat neh la lagu yang aku simpan dalam tablet bucukk aku tue...

Lirik lagu neh sedikit sebanyak terkena gak tempias kat kehidupan aku,
dulu dengan sekarang...
alhamdulillah, sekarang dah banyak perubahan nya..


tapi bukan lah bermakna dedulu aku neh pengemis jalanan 
:(
cuma nya,
aku kembali "BAHAGIA" pabila mengambil langkah drastik untuk keluar dari kepompong 
kisah duka lalu

-lagu ini umpama satu ceritera-

ianya adalah luahanrasa "DALAM HATI ADA TAMAN" aku
hanya mereka yang terdekat dengan aku paham ceritera ini
tak perlu lah aku nak hurai satu persatu, biarlah..
CERITA LAMA BIARLAH PERGI DIBAWA ANGIN BAYU

Huarghhh..
tetiba jer mood sedih + pilu + sentap : tangkap leleh kan!!


p/s: luaran x menggambarkan dalaman, HANYA MANIKAM MENGENAL JAUHARI !!!






Selasa, 24 September 2013

PEMANGGANG AJAIB HAJI ISMAIL GROUP (HIG) PULAU LANGKAWI


Hai.. hai.. hai..
kita kembali lagi bersiaran pada hari neh
(ececewah.. macam pembaca berita lak nohhh!!!)


Sebenarnya PEMANGGANG AJAIB HIG neh dah lama aku beli
kalau tak silap, awal-awal tahun 2013 neh.. masa aku balik kampung kat Langkawi
 (kampunglah sangat, sedangkan dok seberang laut jer pon.. pulun cap pelam tull... )

masa memula orang pakat gila pulun beli pemanggang neh, aku buat derk saja
sebab aku bukanlah seorang yang teramat rajin jenguk ke dapur (dasar pemalas!! :P )
jadiknya aku rileks saja bila kengkawan kat tempat kerja pulun dok bercerita tentang benda alah kesukaan surirumah tangga neh...

waktu tu, kalau tak silap aku dalam pertengahan tahun 2012... asal aku naik jer feri nak ke tanah besaq,
musti aku dengaq, tengok dan ushar kebanyakan pengunjung-pengunjung hat mai pulau neh dok 
bercakap, pegang, beli & heret (dah kalau beli banyak, memang cenggitu lah gayanya kak tonn kan!! )
PEMANGGANG AJAIB HIG dalam plastik kaler ijau -tema kedai Haji Ismail Group-
Sekarang pon fenomena ini masih berlarutan, kaya raya kilang hat keluarkan benda ajaib neh kan..


Nak dijadikkan cerita,
masa aku dok kelebet meng "google" resepi kat internet
maka aku terjumpa banyak masakan mudah yang guna pemanggang ajaib
makanan tue pulak nampak sungguh menyelerakan dan buat aku tak sabaq nak cuba, try, test masak..
tetiba saja rajin terlebih kan !!


Jadiknya, balik saja ke kampung terus aku ajak kakak aku, kak norma pi cari Pemanggang Ajaib dekat bangunan baru Haji Ismail Group berhadapan Klinik Kesihatan Kuah
(pulun promote kedai, kot2 bole dapat diskaun bila pi beli hapa-hapa nanti)





pemanggang ajaib neh ada banyak jenis & warna,
sila pilih ikut kesukaan anda yer tuan/puan supaya mood nak masak tue bertambah berkobar-kobar gitu!!











okeh, aku pilih hat yang pertengahan saja memandangkan ketidakcukupan masa untuk aku berlama-lama dok kat dapur..
lagipon berapa mulut sangatlah yang nak makan semua masakan yang pakai benda ajaib neh.. kuikuikui !!
kalernya mustilah MERAH, berani & gagah.. ehhh?? tetiba jer kan...
rona peberet aku tue!!






hah tengok!!
kotak pemanggang ajaib lebih besaq dari tuannya!!


Sesambil sibuk dok pilih-tukaq-test-pilih pemanggang neh,
anak-anak menakan aku pon sama kalut dok pulun tawaf kedai cari coklat..



kalau mai kedai Haji Ismail Group tak beli coklat,
tak sah gamaknya noo..
nasib baik aku bukan peminat tegar coklat-coklat neh.. jadik tahap kejakunan dengan pelbagai jenis cekelat kat sini..   kurang lah sikit noo... 









pembantu yang setia, untung kalau bawak ALIFF mai shopping
ringan tulang saja nak tolong bawakkan semua barang...





















sempat lagi dia pilih tabung coklat untuk adik bongsunya, Aiman :P




JOM..JOM..JOM



Cuci mata tengok pemandangan coklat-coklat yang melimpah ruah dalam kedai neh..











































anak beranak sibuk menyopping...








dah dapat barang yang di inginkan, apalagi???
BAYAR lah.. hihihihi.. untuk saiz neh aku cuma bayar RM69/-

murah gilerrr kan??!!!!










Muka teruja dapat beli pemanggang ajaib kesukaan ramai!!
.....POYO....

Okeyh, nantikan entri aku yang bakal menyusul setelah benda ajaib ini digunakan..

TUNGGU !!

Jumaat, 13 September 2013

Jom Masak Sendiri : PUDING ROTI LAGENDA (Resepi Ringkas Pasti Menjadi)



Aduhai.. jenuh "bercinta" nak buat entri pasal masak-memasak kat belog shomell aku neh,

Mood nak menaip asik tergendala umpama cuaca kat alor setar yang sekejap hujan sekejap panas..
Letih berjalan cuti-cuti malaysia kedah->pahang->johor->kedah hat minggu lepas pon belum hilang lagik

Ok-ok stop membebel sengsorang!!!

Alhamdulillah, penangan selepas buat Kek Lapis Asam Manis bersama-sama kakak aku untuk hantaran pertunangan Saifullah, anak menakan aku di Kuala Rompin Pahang ritu membuatkan semangat aku membuak-buak untuk mencuba berjinak-jinak menceburi bidang mengukus pula...

Hah, tetiba saja kan???

Memandangkan aku neh mempunyai ilmu yang sederhana pasal bab masak-memasak, 
pertolongan darik Masterchef Encik Google amatlah dihargai..

Resepi neh aku dapat masa dok ketaq pulun cari resepi mudah serta ringkas pembuatan kek kukus menggunakan air tangan sendirik (huh.. sangat POYO statement kau!!)

Jom.. pakat2 CUBA, TRY, TEST !!!


RESEPI RINGKAS : PUDING ROTI LAGENDA
(resepi ini aku ubahsuai sendiri mengikut bahan dapur yang sedia ada)

Bahan-bahan ( untuk kegunaan 2 bekas loyang kecil )

6 keping roti putih - baki terakhir yang ada dalam dapurku
1 tin susu cair
2 sudu teh esen vanilla - untuk kurangkan bau hanyir telur
4 biji telur ayam
1/2 cawan gula pasir - kurangkan sukatan jika anda penghidap kencing manis
1/2 cawan air masak





roti putih Gardenier






susu cair







essen vanilla






telur ayam







gula pasir





air masak





Cara-cara memasak :
**** sila gunakan hanya separuh daripada  bahan-bahan tadik memandangkan bahan diatas adalah untuk kegunaan 2 bekas loyang kecil


Langkah 1 (ROTI)




Carik-carikkan 4 keping roti hingga menjadi cebisan kecil





masukkan 1/2 tin susu cair ke dalam bekas loyang yang berisi roti putih








tekan-tekan roti tadi dan biarkan terendam selama lebih kurang 15 minit







aku ubah roti rendaman susu ke dalam bekas neh sebab loyang tadi aku nak guna buat Langkah 2 pula :)






Langkah 2 (GULA HANGUS)
**** Lapisan bawah PUDING ROTI LAGENDA





Masukkan 3 sudu gula ke dalam bekas loyang yang diletakkan keatas dapur memasak (guna api sederhana kecil supaya gula x-cepat hangus)






Kacau gula perlahan-lahan hingga cair










gula yang dah cair akan bertukar ke warna keperangan dan mengeluarkan bauan yang amat menggoda.. cehhh.. :)

dan-dan rasa lapaq!!!












ratakan gula di dalam loyang








gula hangus yang telah siap dimasak..
angkat loyang dan sejukkan gula tadi yer tuan/puan






Langkah 3 (KISAR MENGISAR)
*** aku guna blender saja. mudah dan pantas serta menjimatkan masa 






masukkan 2 biji telur, 2 sudu gula pasir, 1 sudu essen vanilla,roti yang telah siap direndam dan 1/4 cawan air masak ke dalam mesin blender









kisar bahan-bahan tadi hingga hancur lebur 









bahan yang telah siap dikisar rapi









JOM KUKUS






Letakkan loyang yang berisi gula hangus ke dalam periuk pengukus yang telah siap sedia dipenuhi air









masukkan bahan yang telah siap dikisar ke dalam loyang












kukus menggunakan api yang sederhana selama lebih kurang 30-40 minit







bila puding dah naik penuh dalam loyang, matikan api dapur dan buka penutup dengan segera








puding roti yang siap dikukus







keluarkan loyang ke tempat lain dan biarkan puding hingga sejuk...
terbalikkan loyang tadi ke dalam bekas lain 



TARAAAAAAAA!!!!!!!




PUDING ROTI LAGENDA KUKUS dah siap untuk dimakan begitu saja :)

NYUM.. NYUM.. NYUM








Maaf, sebab tekstur puding neh nampak belemoih sikit..
tak sabaq dah nak tunggu sejuk.. terus terbalikkan dalam bekas..

bau-bauan nya yang serbak mengharum amat menggoda selera untuk terus cepat-cepat potong ---->> rasa ---->> MAKAN 

















































































Ini bekas kedua PUDING ROTI LAGENDA yang aku kukus sesiap..












lepas saja siap dikukus, aku biarkan sampai ianya sejuk sebelum di simpan dalam peti sejuk..
puding neh amatlah enakk jika dimakan sejuk-sejuk...








Siap bungkus baki lagi 1 loyang habuan bagi kengkawan dekat tempat kerja mencuba rasa :)

untung-untung pasneh bole amik tempahan buat puding kukus pulak kan??!!!

$$$$$$$$$$$$$

masyukkkkk :P








tak sampai beberapa minit, puding neh dah selamat mendarat dalam perut masing-masing
Alhamdulillah.. percubaan pertama kali buat puding roti menjadik dengan jayanya...

oh.. YESSS !!!!