Rabu, 11 Disember 2013

ROSE JEPUN KESAYANGANKU



Aku mula jatuh cinta pada tanaman Rose Jepun neh masa wat lawatan petik buah rambutan di salah sebuah rumah sedara mara aku....

Nampak lawa sesangat bila bebunga neh kembang mekar bewarna- warni dalam pasu besar tue...

So, aku cepat-cepat  mintak izin tuan tanah tuk bawak balik sikit semaian neh untuk dijadikan koleksi terbaru "Kebun Mini" aku

:)

:)

Inilah hasilnya setelah dijaga dengan rapi  dengan sekejap siram sekejap tidak...

taraaaaa.... cantik tak?????







Si cantik manis neh tak perlukan jagaan yang rapi untuk tumbuhbesaran nya..
Senang sangat nak tanam & jaga..

tak banyak karenah !!! kuikuikui

----> cucuk saja keratan batangnya ke dalam tanah dan siram jika perlu (hah, yang neh aku!! malas punya cerita (*_*) )






Semua bebunga Rose Jepun neh aku tanam dalam pasu
Senang sikit nak angkut bila berpindah randah nanti...

Lagipon aku neh jenis suka-kerap-selalu ubah letak tanaman dalam "Kebun Mini"

makanya, lebih fleksible cucuk-tanam dalam pasu saja






Hat neh paling aku SUKA !!!

Nampak menawan saja rona MERAH nya...

seksi-menggoda-menawan




Aku dalam proses nak tambah lagik koleksi warna-warni sang Rose Jepun ku ini..

Kot-kot ada hat baik hati nak dermakan keratan si cantik manis neh, jangan malu-malu gitau kat aku laju-laju yer !!!





Tiada ulasan: