Khamis, 19 Disember 2013

JALAN-JALAN KE PADANG BESAR THAILAND 2013


Ini ceritera pada hari Sabtu minggu lepas,
selesai saja kenduri bersunat dekat Felcra Lubuk Sireh, Perlis
kami terus cepat-cepat bergerak ke Padang Besar Thailand...

Asyik dengaq orang dok bercerita, barang-barang kat belah Padang Besar Siam lagik murah..
Jadik kami ambik kesempatan petang neh untuk melangkah kaki masuk ke seberang sana...

Untuk masuk ke sempadan neh, kena pakai passport ataupon border pass (pas perjalanan bagi penduduk sekitar utara)
kalau main redah saja, ada jugak hat mati katak kena tembak tang tue sebab mencoba curik masuk ke negara orang tanpa kebenaran.. kuikuikui


















aunty neh main banyak...
sesedap rasa saja dia dapat kutip RM1/kertas hanya dengan isi borang isytihar kesihatan neh..

kami yang tatau apa-apa neh terpedaya sebab dia hanya *tolong isi borang dan bila pi cop passport kat imegresen belah siam neh.. kena caj lagik RM1/passport...

jenuh hulur duit la untuk cop keluar masuk... yang tak berapa bestnya, belah siam ja yang kena caj camtu..
hat belah Malaysia tak kena pon.. konpius sat dibuatnya























Tiada ulasan: