Jom Masak Sendiri : KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS)


Jeng.. jeng.. jeng..

Ingat lagi tak entri aku pasal edisi kukus-mengukus PUDING ROTI hari tue??

Hah, inilah kesinambungan cerita bab tetiba terajin memasak itu..

JOM KITA PULUN BACA !!








Awal September 2013 ritu, aku bersama kaum-kerabat darik pulau pi melancong menziarah keluarga kakak aku di Kuala Rompin, Pahang...
Tujuan utama kami sekeluarga ke sana sebenaqnya nak bagi moral support.. ecececece... konon!!
Memandangkan anak menakan kedua aku, CikPon akan bertunang dengan buah hati nya di Ulu Tiram, Johor..
Kakak aku pulak tadak sedara mara yang terdekat di sana, keluarga belah suami dia dok kat Padang Besar, Perlis..

Dalam dok pulun siapkan hantaran bagai, baru kami terpikir teringat.... yang salah satu hantaran utama iaitu KEK belum ada.. Bukan saja tak ada, beli @ tempah pon tak!! Mak aiii, kelam kelibut gak kami..
Jarak dari rumah kakak aku ke pekan Kuala Rompin lebih kurang 20 minit kot..
Ingat senang nak terpa memalam buta carik kedai kek???!!

TING!!!

Dalam dok susah hati tue, tetiba kakak aku yang mai sekalik dari Langkawi.. kak ida mengeluarkan idea paling bernas dan terbaekkkk..
"Jom kita buat sendirik kek hantaran, mau dak??"

Dari itulah tercetusnya kepakaran julung-julung kalinya aku buat kek kukus,
resepi ini antara yang paling mudah + senang + cantik : sedap
yang aku jumpa masa menggunakan jasabaik incik "google"


RESEPI RINGKAS : KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS)
(entri kali neh tak sempat nak snap gambaq step by step cara membuatnya)


*** malas nak taip resepi, copypaste darik tuantanah saja.. mohon share yer!! 
cuma edit2 hat perlu saja. kuikuikui


RESEPI KEK  KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS)



BAHAN-BAHAN
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(amik darik peti ais)
  • 225 gram gula halus (1 cawan rata)
  • 220 gram tepung gandum*(2 cawan rata)
  • 1 sudu kecil rata baking powder*
  • 1 sudu besar ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 susu kecil garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka (stok yang ada)
  • secukup hawflakes

CARA-CARA MEMASAK
  1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.Loyang disapu minyak/butter dan dialas dengan baking paper.Ketepikan.
  2. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer (NP guna blender saja) kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  3. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian (hijau/kuning/merah) dan warnakan mengikut kaler pilihan. (NP buat kaler hijau/kuning/merah)
  5. Tuangkan adunan yang telah diwarnak ke dalam loyang.Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya
  6. Kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.Pastikan lapisan kek telah masak, barulah dilapis dengan lapisan seterus
  7. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.(Untuk lapisan terakhir NP kukus selama 40min)
  8. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.



ini lah KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS) yang kami jadikkan hantaran kepada pihak perempuan.. 

Kerana ini percubaan pertama,  KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS) lapisannya jadik kecil besar sebab ramai assistant chef yang dok menolong sesama..kalut sembang sana-sini, terlupa saja berapa bilangan nak boh bagi tiap lapisan.. huhuhuhu.. 
Apapun ianya memang sedappp dan gebusss.. 

NYUM-NYUM-NYUMMY !!!


InsyaAllah kalau mai lagik MOOD terlebih rajin nak buat kembali  KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS) bagi cantik-cantik, aku akan share entri nya kat sini yer 

:)
:)
:)





p/s: bagi hat dok tertanya-tanya apa benda lah HAWFLAKES a.k.a ASAM MANIS neh..

inilah rupanya si cantik manis neh yer tuan/puan

I
I
I
I
v
v


sumber: Google


SELAMAT MENCUBA!!

SHARING IS CARING!!



Ulasan

Catatan Popular