NOVEL PILIHAN MINGGU INI





aku baca novel neh 2 minggu lepas masa filem OMBAK RINDU tengah hot di pawagam-pawagam seluruh malaysia... eceewaaahhhh...

sebenaqnya adik aku yang mula-mula pinjam nak baca novel neh darik ATHIRAH OTHMAN untuk dibaca semasa keboringan melanda, namun akhirnya aku lak yang pulun dok ngadap novel neh dari kui 12 malam sampai 5 pagi.... agak tebal gak cerita dia namun bukan nyer satu halangan untuk aku habiskan bacaanku dalam satu malam tue... 

nak stop baca rasa sayang sebab tak sabaq-sabaq nak tau kesudahan ceritera cinta antara Mazliana dan Tengku Iskandar yang penuh drama, benci, cinta, sayang dan onak duri..




p/s: punyalah menghayati babak demi babak dalam novel neh sampai tak sedar mata dah bengkak asyik menangis bila sampai part sedih emak Mazliana meninggal.... tisu dalam kotak pon 1/2 kotak hampir habis aku gunapakai untuk kesat ayaq mata... harap-harap lepaih neh adala mana-mana penerbit filem yang berminat nak filemkan novel neh sepertimana novel OMBAK RINDU yerrr....



so, mari kita layaannnzz sinopsis ceritera DOKTOR CINTA ini.. :-

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana. 

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. 

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya

Ulasan

Catatan Popular