CUTI-CUTI MALAYSIA - Langkawi Cable Car
Pada 3 Disember 2011 lepas, aku bawak anak-anak aku iaitu AMISHA, AMIRAH, ATHIRAH dan ANISAH yang teringin sangat-sangat nak naik Kereta Kabel kat Oriental Village berhampiran Telaga Tujuh...
Kami sampai kat tempat kejadian, dekat pukul 3 petang memandangkan perjalanan dari umah emak aku ke situ cuma mengambil masa kurang dari 10 minit.. Kekiranya kalau banyak duit, aku boleh la bila-bila masa ja pi nak kereta kabel neh sebab dekat dengan umah... ihihihihihiii.....
Memandangkan sekarang musim cuti sekolah yang pastinya ramai pengunjung berlumba-lumba mai nak naik kereta kabel, kami memilih masa petang sebab cuaca time tue cerah benderang.. Jadiknya kalau nak amik gambaq musti dapat shoot yang lawa-lawa.. hehhehe kekononnyer lah tue.....
AMISHA muka budak excited, maklumlah 1st time nek kereta kabel
dah selamat sampai ke Hentian Pertama, dah ketara muka AMISHA yang agak pucat.. cakap jer besaq kekonon berani sakan nak nek kereta kabel.. dah nek asik pejam mata, takut nak tengok kat pemandangan di bawah kereta kabel... hahhahhaha....
with my luvely AMISHA....
nak tergelak bila di ingat-ingatkan kembali, AMISHA jalan selangkah-selangkah kat situ lantaran ketakutan berada diatas gunung yang amat tinggi neh...
AMISHA, aku dan AMIRAH....
AMIRAH, ANISAH, ATHIRAH dan AMISHA sedang menunggu kereta kabel untuk ke hentian seterusnya...
part paling best bila kat ataih puncak gunung, bila dapat makan aiskrim sejuk-sejuk diiringi angin sepoi-sepoi bahasa... (harga aiskrim nyer xlah mahal sangat walaupon ataih gunung... cuma RM2/satu
syoknyer makan-makan AISKRIM yer anak-anak......
budak tecik AMISHA yang macam-macam adooooo.... seronok sangat dia bila impian nak naik kereta kabel tercapai.... siap ajak naik sekalik lagi masa on da way turun ke kaki gunung.. uishh... tadik kemain takut lagik nak jalan !!! hurmmm
pemandangan menarik dari Kedai AISKRIM, Gunung Mat Chincang
muka pucat AMISHA yang ketakutan, keletihan dan kelaparan setelah hampir 2 jam diatas Gunung MatChincang
PEACE.... from BUDAK BUCUKKK :p
tak larat nak dukung AMISHA turun ke jambatan gantung neh... dia takmau jalan sebab takut sangat-sangat bila tengok pemandangan kat bawah gunung
Baca dengan jayanya....
okeh yer.. nanti aku sambung lagik entry neh.....
nak g makan laksa jap.... yummmm... yummmmm
Ulasan