DEMAM..... OMBAK RINDU !!!


Sana sini sinunn.. suma orang asik benar bercakap pasal filem paling di tunggu-tunggu akhir 2011 neh.. OMBAK RINDU...

Pagi-pagi tadik masa dok ralit drive keta mai mai kelija, ada gak terdengaq temubual Aaron Aziz (boypren x jadik aku :P ) kat dalam Radio ERA..

Berkobaq-kobaq jiwa raga, tak sabaq nak g terjah panggung wayang tuk melonjakkan jualan tiket filem neh esok ngan geng klinik serta anak-anak buah aku yang diimport khas dari Pahang.

So.. nantikan ulasan tulus ikhlas aku pasai pemandangan face to face cerita neh nanti..... TUNGGUUU :) 


aku cilok sikit sipnopsis filem OMBAK RINDU neh dari en. Google:-

Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures

OMBAK%2BRINDU SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.


mk1 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN


Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


mk2 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
mk3 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah
MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON



Neh jadual tayangan, untuk penduduk KEPULAUAN LANGKAWI khususnya...
OMBAK RINDU (MALAY)
Classification: U
Starring: Lisa Surihani, Maya Karin, Aaron Aziz, Bront Palarae
Director: Osman Ali
Genre: Drama / Romance

Show Time
01-Dec (Thu)  2.00pm, 4.15pm, 6.30pm, 8.45pm, 11.00pm
02-Dec (Fri)  2.00pm, 4.15pm, 6.30pm, 8.45pm, 11.00pm
03-Dec (Sat)  2.00pm, 4.15pm, 6.30pm, 8.45pm, 11.00pm
04-Dec (Sun)  2.00pm, 4.15pm, 6.30pm, 8.45pm, 11.00pm
05-Dec (Mon)  2.00pm, 4.15pm, 6.30pm, 8.45pm, 11.00pm


Ulasan

Catatan Popular