Rabu, 7 September 2011

TEMAN SEJATI SUKAR DI CARI GANTI

Aku dapat idea menulis entri neh sebaik saja baca latest ENTRI neh

 SALAM KENANGAN 

dari sahabat yang nun jauh di mainland... NANI.      Terima kaseh bebanyak sebab masih ingat pada 

persahabatan yang terjalin antara kita satu masa dulu. InsyaAllah, aku akan pastikan ikatan itu terus mekar 

berkembang untuk selama-lamanya hingga ke hujung hayat. Sesungguhnya kata-kata beliau 

amatlah benar sebenar benarnya...



 ----------   KAWAN SEJATI SUKAR DI CARI GANTI  --------------





(Nana, Nina & Nani... 4 Eva!!)







Hayatilah Petikan Ini:-


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”



Aku dedikasikan lagu ini khas sempena PERSAHABATAN kita



NANA......NANI.........NINA 



"SAYANG SENTIASA"











2 ulasan:

Hanani Azmi berkata...

sedih siot..terharu aku..sahabat selamanya yer...love u...

nana_picanto83 berkata...

ehehhhehe,,,

lovu u toooooo....

muahhh3x