JOM MASAK SENDIRI : MENU RESEPI MAGGI KIMCHI SEGERA

Memandangkan semalam tak dapat tidoq,
perut pulak sibuk bergendang ria..

dok pikiaq masakan apa lah yang paling senang dan mudah dimakan malam-malam buta neh..

maka terhasillah MAGGI KIMCHI SEGERA

So, dengan gigihnya aku share kan resepi main masak-masak kali neh..

paling mudah dan senang baq ang, tak sampai 5 minit dah siap untuk dimakan begitu sahaja




RESEPI MAGGI KIMCHI SEGERA by #nanapicanto

Bahan:-

sebungkus maggi jenama Vits (serbuk perisa dia tak digunakan- lempaq buang)
kimchi segera (aku buat siap2, nak makan.. masukkan ja ke dalam kuah)
sebiji telur
hirisan kecil ayam
air
bawang putih - tumbuk dan potong halus2


Cara Masak :

Tumiskan bawang putih kedalam minyak yang telah panas.
Masukkan hirisan kecil ayam. Tunggu hingga ayam tadi masak dan masukkan segelas air.
Ambil segenggam besar kimchi segera yang telah dinyah sejuk.
Masukkan maggi, dan tunggu separuh kembang.
Terakhir, masukkan telur... biar seketika dan angkat..

Taraaaaa!!!

Dah siap, jom makan :)  :)





rupa paras Maggi Kimchi Segera
dah lewat malam kena minum ngan air suam ja..
maneh-maneh tak bole, nanti kena kerat kaki...

kencing manis :P










stok kimchi segera....







stok kimchi neh aku buat minggu lepas, dah siap gaul mesra..
simpang dalam peti sejuk..

nak makan / masak.. keluarkan dan campur saja dalam masakan berkuah/ sup









kimchi pestime aku buat..
sebelum neh tak pernah rasa pon.

dok ralit tengok dalam cerita korea ja...
teringin nak beli tapi mahal kot..

jadik buat sendiri..

mudah dan jimat belanja....



p/s: nanti aku share cara buat kimchi neh ya.. tunggu !!!1

Ulasan

Catatan Popular