PASAR KEMBOJA PARIT PUNTAR, PERAK


ini sambungan dari entri  

JOM PI PARIT BUNTAR



Dok sedap dengar orang dok bercerita saja tentang kemeriahan lokasi
CUTI-CUTI MALAYSIA kali neh...

Jumaat lepas,
rombongan Ceq Zah  kaum kerabat aku bertolak seawal 9.00 pagi dari Alor Setar, Kedah menuju ke Parit Buntar, Perak semata-mata untuk melihat sendiri

Pasar Kemboja Parit Buntar

kami sampai kat tempat kejadian lebih kurang pukul 11 pagi, itupon setelah bersesat-sesatan 2,3 kali dalam pekan Parit Buntar..

nak kena delete Incik GPS neh, bagi arah x pernah betul (sendirik salah, menda alah tue jugak yang dipersalahkan!!!)

Nak senang sampai ke sini,
hah cari saja Klinik Desa Permatang Tok Mahat neh

walaupon parking kereta agak jauh, tapi puas hati sebab dapat exercise kaki (kunun!!) dan dapat belek-belek dereten gerai-gerai jualan dari Utara ke Timur Pasar Kemboja sebelah Pulau Pinang neh...

Menurut ceritera pakcik yang berjualan kat situ,
jadual operasi pasar neh adalah seperti berikut:

Isnin & Jumaat : Pasar Kemboja sebelah Pulau Pinang
Sabtu : Pasar Kemboja sebelah Perak

peniaga neh mula berniaga seawal pagi dan akan tutup gerai mereka selewat-lewatnya tengah hari...

nasib kami agak baik walaupon sampai agak lewat, namun masih banyak gerai-gerai yang belum ditutup....



























































rambang mata dibuatnya !!!



























di celah-celah gerai yang menjual pakaian-telekung-tudung
terselit jugak 2,3 kedai buah-buahan...

oh.. NYUM-NYUM


















Keadaan laluan pejalan kaki yang agak kurang selesa,
mungkin sebab baru lepas hujan.. jadik agak lecah dan perlu berhati-hati bila menggunakan laluan sekitar pasar ini

























cuba teka ?!!!!!

menurut cerita pemilik van a.k.a penjual menda alah neh,
ini adalah SOSEJ DAGING KEMBOJA

GLUPPPPP !!!!!

benda yang dok bergantungan di ampaian neh merupakan sosej daging yang diperbuat daripada isi daging yang dimasukkan ke dalam usus perut lembu.. hurmmmm...

ngeri kot melihat ianya bergantungan riang ria tang neh....

Bau yang terbit dari sosej neh boleh tahan menusuk kalbu, tak boleh duduk lama-lama kat situ..

nanti ada gak yang muntah  PENGSAN








lokasi serbuan seterusnya:

TIKAR MAGNETIK RM15/GULUNG
KARPET BULU GEBU-LEMBUT RM 55/GULUNG















Lepas penat berjalan-pusing-shopping kat sini,

kami menyeberangi jalan untuk memenuhi tangki perut di

SALIM MEE REBUS KEMBOJA

Ulasan

Unknown berkata…
Pasar Kemboja (sebelah Pulau Pinang dan Perak) dah lama tukar pada setiap hari sabtu jam 8 pagi - 2 ptg org ramai giler.... macam2 ader

Catatan Popular