JALAN-JALAN CARI MAKAN : LAKSA BERAS KUALA PERLIS

wah sedapnya kalau dapat makan LAKSA petang-petang neh !!!

kuikuikuikui



sempena cuti 1 Muharam 1435H yang lepas,
aku dengan kakak tersayang, Kak Nurul dan Ainaa Maisarah membuat perancangan rapi untuk mengayuh itik gergasi dalam Tasik DarulAman, Jitra...

Malangnya,
masa nak bertolak ke sana, awan mendung kehitaman mula memenuhi langit
(ceewahh, ayat sastera kekonon!!)

Jadi kami tukaq plan B...

jom kita pi makan laksa Kak Su kat Kola Perlih kak !!!
ayat aku bagi pada kak Nurul secara drastik pabila melihat cuaca luaq tingkap kereta yang akan turun hujan bila-bila masa

:P


:P

:P



Nasib tak menyebelahi kami pabila sampai ja depan Kedai Laksa Kak Su Kuala Perlis yang super-duper terkenal kerana kesedapan laksa berasnya yang memang UMPHHH..


TUTUP !!!!
SETIAP SELASA CUTI!!!



Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......

jadi untuk tidak menghampakan perut yang bergelora meronta-ronta mintak diisi neh,
aku lajak drive ke pinggiran Kuala Perlis...

lokasi seterusnya :-









hah, nie dia habaq ang!!

RESTORAN NELAYAN KUALA PERLIS

Dedulu masa sebelum aku kenal ke"best"an Laksa Kak Su,
tang neh lah kedai peberet aku pabila singgah kat perlis...

Untuk makluman, kedai neh dekat sesangat ngan Jeti Kuala Perlis..
Kalau memandu dalam 5 minit dah sampai...
Kot-kot rajin ber-exercise nak berjalan kaki, 10 minit dah sampai kat sini..

dekat kan.. kan.. kan :)

Menu Istimewa (kesukaan aku) kat sini adalah :-

- LAKSA BERAS
- KETAM / SOTONG GORENG TEPUNG
- PASEMBOR 
















LAKSA BERAS KUALA PERLIS

nampak seksi kan bila dia belit-lilit laksa camneh!!

woooowwwww

walaupon nampak kuah agak cair, tapi memang 5***** lah kesedapannya

























































ini lah gambar hadapan Restoran Nelayan Kuala Perlis..

walaupon dah dekat malam, tapi masih ramai pengunjung berpusu-pusu mai menikmati juadah di sini

















Nak lagi senang cari kedai neh,
lokasinya berhadapan dengan Pejabat Kastam Diraja Malaysia Kuala Perlis..

set ja dalam GPS pejabat neh, bila sampai ja boleh nampak terus kedai laksa yang mabeles ini !!!


Ulasan

Catatan Popular