BONGKAR TIP BERDEPAN DENGAN RAKAN NEGATIF!
Kehidupan akan jadi lebih ceria sekiranya kamu dikelilingi oleh rakan-rakan yang memahami. Namun kita sering terperangkap dan terjerat dengan masalah persahabatan . Tidak kira walau di mana jua kita berada dan sematang mana pun usia kita, masalah persahabatan pasti boleh berlaku di dalam kehidupan kita sehari-hari. Maklumlah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Setiap individu di muka bumi ini pasti memiliki sikap dan keperibadian yang berlainan antara satu sama lain. Jadi kita harus jadi lebih bijak dalam menghadapi permasalahan dengan rakan-rakan di sekeliling kita.
Mungkin kamu pernah berhadapan dengan seorang rakan yang memiliki sikap negatif. Ketika berhadapan dengannya, perasaan marah, geram dan meluat pasti menghantui emosi kamu di kala itu. Sebenarnya memang tidak mudah untuk berhadapan dengan rakan-rakan yang memiliki karakter negatif sebegini. Lazimnya, sikap negatif itu timbul disebabkan si dia tidak berasa bahagia dalam kehidupan atau pekerjaannya. Lebih bahaya lagi mereka gemar mengganggu orang lain untuk mencari kepuasan diri sendiri dan secara tidak langsung karakter buruk itu boleh mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Ada tiga langkah yang boleh kamu lakukan untuk berhadapan dengan rakan sedemikian.
Jom semak tip berikut:
Dengan menjaga jarak kamu mampu untuk lebih mengenali ciri-ciri atausikap sebenar individu tersebut. Kamu juga boleh belajar menerusi tindaktanduk yang dilakukan mereka sehingga semakin kerap kamu bertemu dengan orang seperti ini, semakin kuat dan matanglah diri kamu dalam pergaulan sehari-hari.
Carilah pelindung agar kamu tidak mudah terpengaruh dan terikut-ikutdengan sikap negatif rakan kamu itu. Kamu boleh membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh si dia terhadap diri kamu.
Keadaan akan jadi lebih tergugat jika kamu dikelilingi oleh rakanrakan yang suka bergosip kerana situasi ini akan mempengaruhi suasana persekitaran yang keruh menjadi semakin parah. Sebelum kamu mengambil sesuatu keputusan, tidak salah jika kamu mencari informasi pada sumber lain yang boleh dipercayai.
Ulasan