BONGKAR TIP BERDEPAN DENGAN RAKAN NEGATIF!


Kehidupan akan jadi lebih ceria sekiranya kamu dikelilingi oleh rakan-rakan yang memahami. Namun kita  sering terperangkap dan terjerat dengan masalah persahabatan . Tidak kira walau di mana jua kita berada  dan sematang mana pun usia kita, masalah persahabatan pasti boleh berlaku di dalam kehidupan kita  sehari-hari. Maklumlah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Setiap individu di muka bumi ini pasti  memiliki sikap dan keperibadian yang berlainan antara satu sama lain. Jadi kita harus jadi lebih bijak dalam  menghadapi permasalahan dengan rakan-rakan di sekeliling kita.

Mungkin kamu pernah berhadapan dengan seorang rakan yang memiliki sikap negatif. Ketika berhadapan  dengannya, perasaan marah, geram dan meluat pasti menghantui emosi kamu di kala itu. Sebenarnya  memang tidak mudah untuk berhadapan dengan rakan-rakan yang memiliki karakter negatif sebegini.  Lazimnya, sikap negatif itu timbul disebabkan si dia tidak berasa bahagia dalam kehidupan atau pekerjaannya. Lebih bahaya lagi mereka gemar mengganggu orang lain untuk mencari kepuasan diri  sendiri dan secara tidak langsung karakter buruk itu boleh mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Ada tiga  langkah yang boleh kamu lakukan untuk berhadapan dengan rakan sedemikian.

Jom semak tip berikut:

1. Jagalah jarak

Dengan menjaga jarak kamu mampu untuk lebih mengenali ciri-ciri atausikap sebenar individu tersebut. Kamu juga boleh belajar menerusi tindaktanduk  yang dilakukan mereka sehingga semakin kerap kamu  bertemu dengan orang seperti ini, semakin kuat dan matanglah diri kamu dalam pergaulan sehari-hari.

2. Kebalkan diri

Carilah pelindung agar kamu tidak mudah terpengaruh dan terikut-ikutdengan sikap negatif rakan kamu  itu. Kamu boleh membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh si dia terhadap diri kamu.
Keadaan akan jadi  lebih tergugat jika kamu dikelilingi oleh rakanrakan yang suka bergosip kerana situasi ini akan  mempengaruhi suasana persekitaran yang keruh menjadi semakin parah. Sebelum kamu mengambil  sesuatu keputusan, tidak salah jika kamu mencari informasi pada sumber lain yang boleh dipercayai.

Ulasan

mimie.. berkata…
mintak share ye.. :)

Catatan Popular