BUAH GAJUS / JANGGUS MANIS SEDAP
Wah dah lama tak tengok Buah Gajus a.k.a Janggus (Orang Utara Panggei Nama neh) a.k.a Cashewnut (bahasa omputih)
Hari tue masa balik Langkawi, terserempak nampak buah neh kat dapur masa dok kalut siapkan makanan tengahari.
Teruja sebab sekarang pokok neh dah mengalami zaman kepupusan, dedulu masa aku kecik-kecik.. pokok neh banyak ditanam kat area Pantai Kok berdekatan umah kami..
sekarang kawasan tue dah dibangunkan jadik pokok neh hanya tinggal kenangan sahaja..
Nasib baik emak aku ada tanam sepokok dua kat tepi rumah, jadik merasa jugaklah tuk makannya....
Selalunya buah janggus neh ada 2 kaler..
merah ataupon kuning..
rasanya sama saja..
dua-dua sedap dan bila dah bebetul masak, memang rasa manis sangat.. nyum-nyum..
buah janggus sedap dimakan begitu saja, potong sesedap rasa pastu cecah ngan garam halus..
mak oii, apa nak dikata.. meleleh kot ayaq lioq masa dok taip entry neh..
tap.. tap.. tapp.. tapppp !!!
huhuhuhuhu...
kekadang bila musim berbuah dan kuantiti buah neh dikutip masak begitu banyak, emak aku suka buat kerabu..
nenanti kalau berkesempatan balik ke kampung dan bersua muka lagik ngan buah janggus a.k.a gajus a.k.a cashewnut neh..
aku akan mintak emak buatkan kerabu spesial tuk aku snap gambaq dan kongsikan ngan ampa semua rupaparas kerabu janggus yer..
:)
:)
:)
oh satu lagik, lepas dah syiok makan buah neh, bijik nya jangan pulak dibuang..
himpun bijik2 buah janggus bagi banyak, lepastu goreng atau bakar beliau tanpa minyak..
agak-agak dah masak atau kulit bijiknya bertukar ke kaler hitam.
apa lagik, tumbuk dengan penuh kasih sayang bijik tue bagi keluar isinya yang lemak manis berkrim disukai ramai...
oohhh... nikmatnya !!!
ehsan : encik Google
ok.. neh gambaq bijik janggus untuk tatapan ampa...
Ulasan