resepi ringkas ASAM PEDAS JOHOR IKAN SEMBILANG VERSI UTARA

Alhamdulillah 
masih diberi kesempatan olehNya bernafas di dunia ini
Memandangkan minggu neh tak balik ke pulau...
jadiknya, cuti-cuti di hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti masak-masak

Tetiba jer semalam, tekak neh rasa nak makan asam pedas
hari tu, masa lunch kat area Tanjung Bendahara sempat gak pulun makan asam pedas Ikan Pari
tapi rasa tak puas sebab takleh feeling makan lama-lama
kang ada gak yang kena pecat sebab curi lebih masa lunch.. kuikuikui




RESEPI ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG JOHOR
versi UTARA MAI

Bahan-bahan :
#4 orang makan

600gram Ikan Sembilang
Belacan (besar ibu jari)
Air Asam Jawa
5 tangkai Daun Kesum
1 kuntum Bunga Kantan
Garam / Gula secukup rasa

** untuk dikisar
- 12 tangkai cabai kering
- 1/2 labu bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih




antara bahan-bahan yang digunakan untuk memasak..



Cara Memasak :

1) Tumis minyak dalam periuk
2) Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan kacau hingga pecah minyak
3) Masukkan air asam jawa dan air belacan. Kacau sampai pekat.
4) Masukkan garam serta sedikit gula. Secukup rasa.
5) Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
6) Biarkan masakan mendidih seketika, kemudian masukkan ikan sembilang tadik.

SEMOGA BERJAYA..
NYUM-NYUM :)
recipe by : NANAPICANTO










Yeah dah siap !!!

Kuah nampak agak berminyak kerana lemak ikan fresh keluar membuak-buak.. kuikuikui









x sabaq nak hidang + makan
tap.. tappp.. tappp...

dah menitik-nitik pon ayaq lioq haku dibuatnya






TARAA...

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG dah siap untuk di nyum-nyum







nikmatnya dapat menikmati hidangan asam pedas neh ditemani siaran Al-Hijrah

JEMPUT MAKAN !!!



Ulasan

Unknown berkata…
Assalamualaikum..salam perkenalan..
Rare sungguh resepi ni sebab pakai ikan sembilang..biasa orang pakai pari, tenggiri kan? Well, as long as sedap boleh aje kannn..thanks for sharing..jemputla datang ke blog saya.. :D

Catatan Popular