Jom Masak Sendiri : PUDING ROTI LAGENDA (Resepi Ringkas Pasti Menjadi)
Aduhai.. jenuh "bercinta" nak buat entri pasal masak-memasak kat belog shomell aku neh,
Mood nak menaip asik tergendala umpama cuaca kat alor setar yang sekejap hujan sekejap panas..
Letih berjalan cuti-cuti malaysia kedah->pahang->johor->kedah hat minggu lepas pon belum hilang lagik
Ok-ok stop membebel sengsorang!!!
Alhamdulillah, penangan selepas buat Kek Lapis Asam Manis bersama-sama kakak aku untuk hantaran pertunangan Saifullah, anak menakan aku di Kuala Rompin Pahang ritu membuatkan semangat aku membuak-buak untuk mencuba berjinak-jinak menceburi bidang mengukus pula...
Hah, tetiba saja kan???
Memandangkan aku neh mempunyai ilmu yang sederhana pasal bab masak-memasak,
pertolongan darik Masterchef Encik Google amatlah dihargai..
Resepi neh aku dapat masa dok ketaq pulun cari resepi mudah serta ringkas pembuatan kek kukus menggunakan air tangan sendirik (huh.. sangat POYO statement kau!!)
Jom.. pakat2 CUBA, TRY, TEST !!!
RESEPI RINGKAS : PUDING ROTI LAGENDA
(resepi ini aku ubahsuai sendiri mengikut bahan dapur yang sedia ada)
Bahan-bahan ( untuk kegunaan 2 bekas loyang kecil )
1 tin susu cair
2 sudu teh esen vanilla - untuk kurangkan bau hanyir telur
4 biji telur ayam
1/2 cawan gula pasir - kurangkan sukatan jika anda penghidap kencing manis
1/2 cawan air masak
roti putih Gardenier
susu cair
essen vanilla
telur ayam
gula pasir
air masak
Cara-cara memasak :
**** sila gunakan hanya separuh daripada bahan-bahan tadik memandangkan bahan diatas adalah untuk kegunaan 2 bekas loyang kecil
Langkah 1 (ROTI)
Carik-carikkan 4 keping roti hingga menjadi cebisan kecil
masukkan 1/2 tin susu cair ke dalam bekas loyang yang berisi roti putih
tekan-tekan roti tadi dan biarkan terendam selama lebih kurang 15 minit
aku ubah roti rendaman susu ke dalam bekas neh sebab loyang tadi aku nak guna buat Langkah 2 pula :)
Langkah 2 (GULA HANGUS)
**** Lapisan bawah PUDING ROTI LAGENDA
Masukkan 3 sudu gula ke dalam bekas loyang yang diletakkan keatas dapur memasak (guna api sederhana kecil supaya gula x-cepat hangus)
Kacau gula perlahan-lahan hingga cair
gula yang dah cair akan bertukar ke warna keperangan dan mengeluarkan bauan yang amat menggoda.. cehhh.. :)
dan-dan rasa lapaq!!!
ratakan gula di dalam loyang
gula hangus yang telah siap dimasak..
angkat loyang dan sejukkan gula tadi yer tuan/puan
Langkah 3 (KISAR MENGISAR)
*** aku guna blender saja. mudah dan pantas serta menjimatkan masa
masukkan 2 biji telur, 2 sudu gula pasir, 1 sudu essen vanilla,roti yang telah siap direndam dan 1/4 cawan air masak ke dalam mesin blender
kisar bahan-bahan tadi hingga hancur lebur
bahan yang telah siap dikisar rapi
JOM KUKUS
Letakkan loyang yang berisi gula hangus ke dalam periuk pengukus yang telah siap sedia dipenuhi air
masukkan bahan yang telah siap dikisar ke dalam loyang
kukus menggunakan api yang sederhana selama lebih kurang 30-40 minit
bila puding dah naik penuh dalam loyang, matikan api dapur dan buka penutup dengan segera
puding roti yang siap dikukus
keluarkan loyang ke tempat lain dan biarkan puding hingga sejuk...
terbalikkan loyang tadi ke dalam bekas lain
TARAAAAAAAA!!!!!!!
PUDING ROTI LAGENDA KUKUS dah siap untuk dimakan begitu saja :)
NYUM.. NYUM.. NYUM
Maaf, sebab tekstur puding neh nampak belemoih sikit..
tak sabaq dah nak tunggu sejuk.. terus terbalikkan dalam bekas..
bau-bauan nya yang serbak mengharum amat menggoda selera untuk terus cepat-cepat potong ---->> rasa ---->> MAKAN
Ini bekas kedua PUDING ROTI LAGENDA yang aku kukus sesiap..
lepas saja siap dikukus, aku biarkan sampai ianya sejuk sebelum di simpan dalam peti sejuk..
puding neh amatlah enakk jika dimakan sejuk-sejuk...
Siap bungkus baki lagi 1 loyang habuan bagi kengkawan dekat tempat kerja mencuba rasa :)
untung-untung pasneh bole amik tempahan buat puding kukus pulak kan??!!!
$$$$$$$$$$$$$
masyukkkkk :P
tak sampai beberapa minit, puding neh dah selamat mendarat dalam perut masing-masing
Alhamdulillah.. percubaan pertama kali buat puding roti menjadik dengan jayanya...
oh.. YESSS !!!!
Ulasan
Jgn lupa up entry pasai tue nanti yer :-)
smrose: terima kaseh!! saya suka blog kak rose yang dipenuhi info berguna pasal cucuk tanam tue.. hihihi
kamsiah: terima kasih, pertama kali mencuba.. alhamdulillah berjaya.. klu berkuah rasa manisnya lagi umphhh.. :)
Set Bersalin/Berpantang Shaklee Khas Dari Pengedar Shaklee Terbaik
Slalu wat gule hangus x jadi...huhu
Nak buat pasni.
tapi
WAJIB BACA NI JUGA -----> PCOS Dan Peluang Kehamilan
Thanks for sharing
Macam puding caramel @ puding gula hangus pulak tgk . . hee
Jemput singgah blog zarariana@blogspot.com
Mcm berair cmtu..tlg sya.x tau n
sharing is caring :)